Ramai orang apabila diajak menyertai syarikat perniagaan MLM akan berfikir berkali-kali atau menolaknya terus tanpa segan-segan lagi. Bila di tanya kenapa, jawab mereka banyak syarikat MLM yang menipu. Kita tidak menolak alsan mereka kerana ada benarnya syarikat MLM yang bukan menjalankan perniagaan sebenarnya tetapi menjalankan syarikat piramid tetapi berselindung di sebalik syarikat MLM. Mereka inilah yang merosakkan nama baik syarikat MLM yang tulen.
Sebenarnya tidak susah untuk mengenal pasti syarikat MLM tulen dengan syarikat piramid. Syarikat yang operasinya sistem piramid menggalakkan kita mencari downline sebanyak mungkin. Kita dimestikan membeli dan menyimpan stok yang banyak. Masalahnya timbul apabila tidak ada orang yang mahu membelinya kerana harga yang ditawarkan tidak munasabah jika dibandingkan barangan yang sama di pasaran terbuka. Contohnya satu penapis air berharga sehingga RM3 000 se unit pada hal satu unit penapis yang serupa di pasaran terbuka jauh lebih murah.Akhirnya stok kita tersimpan begitu saja dan membawa kerugian yang bukan sedikit. Mahu tak mahu kita jual pada harga yang lebih murah dan bayaran ansuran.
Syarikat MLM yang tulen membayar imbuhan berdasarkan jualan perseorangan dan kumpulan. Jika tiada barang dijual tiada ada apa bayaran yang kita perolehi. Kita mungkin perlu kekalkan belian bulanan yang rendah untuk membolehkan kita terus menjadi ahli. Memang benar, di satu peringkat anda tidak perlu menjual lagi. Syarikat membayar imbuhan kepada kita apabila kita mencapai satu tahap yang melayakkan kita berkongsi keuntungan dengannya. Bayaran ini bukanlah hasil dari jualan ahli-ahli di bawahnya. Imbuhan ini sebagai bayaran penat lelah upline membentuk satu jaringan perniagaan. Dia bertanggungjawab memastikan ahli-ahli di bawah seliannya berjaya seperti dirinya juga. Di sini syarikat MLM tulen menitikberatkan teamwork atau kerjasama untuk memajukan jualan produk syarikat. Semua ahli berpeluang mendaki tangga yang sama untuk ke puncak. Siapa yang rajin dia akan maju. Siapa masuk dulu tidak penting. Ada orang kata, sistem ini hanya menguntungkan orang atas. Mereka lah yang kaya dulu. Ini tidak benar sama sekali. Ada yang masuk lebih dulu tetapi masih berada di tahap biasa kerana tidak aktif menjalankan bisnesnya. Ada yang masuk kemudian tetapi telah jauh lebih maju daripada yang mereka yang masuk awal. Jadi di mana benarnya kata-kata yang mengatakan orang atas sentiasa untung?
Jika anda berminat menjadi ahli mana-mana syarikat MLM cuba pilih syarikat yang berdaftar dengan SSM. Pastikan sijil operasi niaganya belum luput. Pastikan juga ia berpayung di bawah DSAM (Direct Selling Association of Malaysia) atau Direct Marketing Association atau badan-badan yang diikhtiraf dalam jualan langsung. Ini mengelakkan anda dari melibatkan diri dengan syarikat satu malam atau fly-by-nite operator. Hari ini ada, esok ghaib entah ke mana.
Pastikan juga barang yang dipasarkan adalah barang yang ada repeat sale atau jualan ulangan. Produk itu contohnya vitamin atau supplements yang perlu dibeli setiap bulan untuk mengekalkan kesihatan. Produk yang tiada jualan ulangan agar sukar dijual kerana mungkin sekali beli saja dan memakan masa yang lama untuk ditukar baru. Produk yang digunakan secara harian adalah lebih baik seperti bahan pencuci dan alat solekan dan mudah dijual. Jika tidak dijual pun kita mesti membelinya untuk kegunaan sendiri. Contohnya sabun serbuk cuci, kita terpaksa membelinya setiap bulan apabila habis digunakan. Apabila kita membeli dari syarikat MLM di mana kita menjadi ahlinya kita dapat mebuat pembelian diskaun. Ini akan menguntungkan kita jika di bandingkan kita membeli produk yang sama di supermarket atau shopping malls di mana tiada sebarang diskaun diberikan. Penjimatannya sehingga 25%. Bayangkan setiap satu ringgit kita dapat jimatkan 25 sen. Nampak tidak banyak tapi jika jumlah pembelian kita banyak setiap bulan bayangkan pulangannya. Tiada kedai yang akan beri pulangan RM25.00 untuk setiap pembelian RM100.00.......Setiap barang yang kita beli di supermarket kita bayar 100%!....tapi melalui syarikat MLM kita jadi ahli adalah 75%. Untung atau rugi jadi ahli MLM?
No comments:
Post a Comment