Tuesday, February 7, 2012

APA MATLAMAT HIDUP KITA?

Siapa yang tiada matlamat? Rasanya hampir semua dari kita punya matlamat tertentu semasa menjalani kehidupan di atas muka bumi milik Allah ini. Burung yang keluar pagi pun ada matlamat. Nak cari makan untuk diri sendiri dan anak-anaknya (kalau dia ada anaklah).

Bercakap tentang matlamat ni kekadang tu rasa malu pun ada. Bila ditanya : Apa yang kita mahu dalam hidup ini? Agak susah nak memberi satu jawapan yang tepat. Masih kabur. Ada yang berkata matlamat hidup dia untuk masuk syurga Allah. Bagus lah tu. Tak ada orang yang nak masuk neraka kan. Tapi nak masuk syurga Allah ni kenalah banyak melakukan kebaikan. Banyak solat, puasa, bersedekah, menolong orang yang perlukan bantuan dan lain-lain lagi lah yang boleh membantu kita mengumpul pahala. Bila pahala banyak peluang nak masuk syurga pun luas lah sikit. Tapi awas pahala yang banyak boleh hilang sebab ada dosa yang kita buat dengan orang. Kalau dia tuntut, pahala kita boleh berkurangan.

Apa matlamat hidup saudara? Cubalah duduk diam-diam dan renungkan jawapannya. Soalan ini amat susah saya nak jawab bila saya bertanya diri sendiri. Paling mudah kita buat satu andaian. Jika hidup kita ni ada 24 jam saja lagi agaknya apa yang kita nak buat? Jika yang tak rajin solat akan rajin bersolat. Yang ada buat dosa akan segera bertaubat. Yang bersalah dengan manusia akan segera minta ampun. Betul kan?

Tapi malangnya kita tak tahu bila masa dalam hidup kita nak habis. Yang muda anggap usianya panjang lagi. Yang tua minta-minta umurnya panjang sikit lagi. Jadi kita pun rasa berat hati nak buat apa yang sepatutnya kita buat untuk akhirat. Kita sering bertangguh. Apa kata kalau matlamat hidup kita berhenti dari bertangguh? Boleh tak?

Banyak orang banyaklah matlamat hidup. Yang penting matlamat hidup kita menjadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Jangan jadi manusia yang suka buat onar. Suka buat kacau. Jadilah manusia yang berguna dalam erti kata yang sebenarnya. Albert Einstein ada berkata : Do not be a man of success but be a man of value. Manusia yang berjaya tak semestinya berguna. Tapi manusia yang berguna adalah manusia yang berjaya. Ada orang kata, orang kaya tu orang yang berjaya. Ye lah...duit banyak, rumah besar, ada kereta besar, selalu makan angin ke luar negara tapi berjayakah dia sebagai manusia jika semuanya di dapati dengan jalan yang salah. Rasuah sana sini. Rompak sana sini. Jual dadah. Bela pelacur......macam-macam lagi lah. Dia mungkin berjaya tapi tak berguna. Hidupnya mewah atas penderitaan orang lain. Manusia macam ni hanya berguna kepada polis dan penjara saja.

Berbagai cara kita boleh usahakan untuk menjadi manusia yang banyak manfaatnya kepada orang lain. Jadikan itu matlamat hidup kita. Menjadi manusia yang paling berguna kepada Agama, bangsa dan negara. Itulah manusia yang benar-benar berjaya dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment