Alangkah seronoknya jika kita memiliki SUMUR WANG sepertimana kita memiliki sebuah telaga yang tidak pernah kering airnya walau pun kemarau panjang. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kita punya punca pendapatan yang tidak pernah berkurangan malahan bertambah-tambah pula.
SUMUR WANG sebenarnya wujud dalam bentuk usaha niaga yang kebanyakan dari kita kaum Melayu tidak gemar menceburinya disebabkan beberapa alasan yang sering kita ketengahkan dalam hidup kita. Ramai yang tidak sanggup berpenat lelah berbelas jam lamanya mengusahakan perniagaan sendiri. Kita lebih suka memilih karier makan gaji walau pun pendapatannya tidak seberapa. Sekadar cukup makan saja. Bulan belum habis gaji sudah habis. Nasib begini diulang-ulang sehingga berbelas tahun lamanya. Di akhir usia produktif kita diberikan pencen yang juga tidak seberapa. Sekadar cukup makan juga.
Kita mengeluh kerana terpaksa bekerja semula untuk menampung kekurangan wang perbelanjaan yang makin meningkat. Hendak diharapkan kepada anak-anak mereka juga seperti kita di waktu muda. Sering saja keputusan wang. Nampak saja gaji ribu-ribu. Tolak sana, tolak sini sama saja. Cukup sekadar untuk hidup-hidup saja.
Nah bagaimana kalau datang seorang teman yang mengajak kita melakukan bisnes kecil dengan modal kecil? Saya pasti ramai yang menolaknya. Kenapa? Kita tidak punya masa. Sudah penat bekerja 8 jam sehari. Mahu bersenang-senang la pula. Malam kita guna untuk berlepak-lepak di hadapan tv melihat drama yang tidak mendatangkan wang kepada kita. Kita menonton lakunan orang yang dibayar ribuan ringgit untuk satu episod. Tapi kita satu sen pun tidak masuk. Begitulah kita saban hari. Hari bertukar jadi bulan. Bulan bertukar jadi tahun. Kita masih di takuk lama juga. Sampai bila? Tepuk kepala tanyalah minda.
No comments:
Post a Comment