Sunday, February 5, 2012

PELUANG BISNES

Bercakap tentang perniagaan, saya ingin berkongsi dengan sesiapa saja yang berminat mencari sumber ke dua untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Anda mungkin telah ada pekerjaan utama yang menjadi sumber utama kewangan anda. Pendapatan dari satu sumber saja kekadang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Bila kesempitan wang akan timbul satu tekanan atau stress kata orang sekarang. Bila stress orang akan menjadi cepat marah. Jika diamalkan ia akan menjadi satu tabiaat buruk yang menimbulkan akibat buruk pula kepada kesihatan fizikal dan mental kita.

Bayangkan jika kita sentiasa memiliki lebihan wang di tangan setiap bulan. Tentu masalah stress tidak akan timbul. Kita akan sejahtera tubuh, minda dan rohani. Kehidupan kita menjadi lebih ceria. Kecerian kita akan membawa kepada kecerian famili kita. Inilah anugerah yang paling berharga kepada kita. Sebuah keluarga yang bahagia.

Kekurangan wang menjadi punca kepada pelbagai masalah hidup. Ada keluarga bercerai berai kerana masalah kewangan. Ada manusia menjadi penyamun, peragut dan perompak kerana wang. Mereka ini memilih jalan mudah dan singkat untuk memiliki wang tanpa mahu berpenat lelah mencari rezeki secara halal.

Berniaga adalah jalan mudah untuk mencari sumber kewangan tambahan. Perniagaan tidak semestinya bermodal besar. Kita bukan mengajak anda membuka sebuah stesen minyak atau membeli franchise makanan segera yang memerlukan modal beratus ribu ringgit. Perniagaan yang saya syorkan ialah perniagaan yang memerlukan modal permulaan yang tidak sampai RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus sahaja). Dengan modal sebesar ini rasanya ramai yang mampu.

Perniagaan yang saya maksudkan ialah mengedar Jus Delima keluaran syarikat Giffarine. Inilah perniagaan yang paling menguntungkan kerana ia melibatkan kesihatan. Kesihatan adalah perniagaan besar hari ini. Hospital dibina oleh pihak kerajaan dan swasta dengan tujuan memulihkan kesihatan. Masalahnya apabila kita dimasukkan ke hospital kita perlu membayar harga yang mahal. Kos pembedahan jantung sebagai contoh memerlukan satu jumlah wang yang besar. Mungkin boleh menghabiskan wang simpanan anda! Jika anda memiliki insuran kesihatan pun belum pasti boleh membiayainya keseluruhan kosnya. Jadi sebelum kita sakit eloklah kita ambil satu tindakan proaktif dengan menjaga kesihatan kita.

Jus Delima adalah minuman terbaik kepada mereka yang berminat kepada PENCEGAHAN DARI RAWATAN. Khasiat buah delima tidak perlu dipertikaikan lagi. Google saja KHASIAT DELIMA anda akan dapat membaca ribuan artikel mengenai buah delima. Tidak perlu rasanya saya ceritakan dengan panjang lebar di sini kerana anda yang membaca blog saya tentu memiliki capaian internet.

Jika anda berminat untuk menjadi usahawan kecil boleh emel saya : anamaskda7656@gmail.com untuk kita berkongsi peluang. Mana tahu anda akan menjadi usahawan besar dengan bermula sebagai usahawan kecil yang bermodalkan tidak sampai RM100.00. Ingat : KESIHATAN ADALAH PERNIAGAAN BESAR. Jangan pandang remeh dengan isu kesihatan. Ramai yang terlantar di rumah-rumah sakit yang ingin kesihatannya dikembalikan walau pun terpaksa menghabiskan seluruh simpanan mereka. Siapa yang kaya? Para doktor dan pihak hospital swasta saja. Kita papa kedana kerana keengganan kita berbelanja untuk membeli sebotol Jus Delima berharga RM71.30 (harga bukan ahli).....Ahli dapat nikmati harga istimewa. Tunggu apa lagi? Emel saya segera.

No comments:

Post a Comment