Wednesday, February 15, 2012

KEJAYAAN : NASIB ATAU PILIHAN

Saya baru saja terbaca satu artikel dalam majalah yang dituli seorang pakar motivasi mengenai kejayaan. Dia berkata kejayaan ini komposisinya ialah 80% SIKAP,19% ILMU dan hanya 1% NASIB.

Saya percaya ada kebenarannya kata-kata itu sebab SIKAP adalah cara kita berfikir dan bertindak. Jika kita salah dalam berfikir, kita besar kemungkinan juga salah dalam tindakan. Jika salah tindakan, hasilnya tentulah kegagalan. Cuba kita tengok kehidupan kita hari ini. Adakah kita susah atau senang, kaya atau miskin, suka atau derita, sihat atau sakit. Bukankah semua ini berpunca dari sikap kita? Kalau kita sakit, mungkin sikap kita suka makan apa saja tanpa ambil peduli benda itu baik untuk tubuh atau tidak. Jika kita miskin, mungkin kerana sikap kita memandang sinis kepada peluang cari duit melalui perniagaan kecil-kecilan.Contohnya ramai orang Melayu menolak bila diajak mneyertai bidang perniagaan MLM. Kerana apa? cuba cek sikap kita.Jangan lah sertai MLM yang berbentuk skim cepat kaya atau piramid. Yang janji untuk berlipat ganda dengan modal yang keci dan goyang-goyang kaki.Jangan....

ILMU ini penting kerana tanpa ilmu kita mungkin bertindak melulu. Tindakan serupa ini tidak akan datangkan hasil yang kita harapkan. Kalau jadi sekali pun mungkin memarahkan jiwa kita. Banyak stress....akhirnya kesihatan tergadai kerana memburu kejayaan. Ini kita tidak mahu. Duit banyak, kesihatan tiada apa gunanya.Akhirnya mati orang lain yang enjoy. Buat apa.

NASIB kata orang satu perkara yang pasti tentang nasib ini dia akan berubah.THE ONLY SURE THING ABOUT LUCK IS THAT IT WILL CHANGE.Nasib bertukar apabila kita tukar sikap kita. Kita tukar tindakan kita. Dari pasif kepada aktif.Apabila ada peluang buat duit, jangan tolak mentah-mentah. Siasat dahulu. Gunakan ilmu untuk mempastikan kesahihannya. Jangan terima membuta tuli nanti diri sendiri yang rugi. Nasib buruk bertukar baik melalui usaha.From Hard Luck to Hard Work.Jadi fikir-fikir lah apa yang saya kongsikan di sini. Jika betul terima, tak betul pedulikan saja.

No comments:

Post a Comment