Thursday, February 9, 2012

F.A.I.L = GAGAL

Hari ini saya nak bersembang mengenai satu perkara yang paling tidak disukai dan disenangi oleh kebanyakan orang. Perkara itu ialah GAGAL atau BInya FAIL. Jika saya bertanya kepada anda berapa ramai yang suka dengan perkataan ini, agaknya berapa ramai yang memberikan jawapan TIDAK SUKA? Saya pasti sembilan dari sepuluh akan beri jawapan TIDAK SUKA.

Dahulunya saya pun tidak suka dengan perkataan GAGAL kerana ia membawa makna tidak tercapainya sesuatu yang diidam-idamkan atau dicita-citakan. Kegagalan akan membawa kepada kekecewaan, rasa malu dan terhina. Jadi tidak hairanlah jika sebilangan besar kita akan berusaha bersungguh-sungguh mengelaknya. Seolah-olah GAGAL ini seekor harimau ganas.

Sebenarnya tidak ada tidak baiknya GAGAL ini. Dalam lain perkataan ada bagusnya pada ketika yang tertentu. Sebagai contoh dari sebuah kisah benar yang berlaku puluhan tahun dahulu mengenai kemalangan kapal terbang MAS jatuh terhempas di mana tidak ada seorang pun yang terselamat dalam kemalangan itu. Ceritanya ada seorang penumpang rakyat Jepun yang sepatutnya menaiki kapal terbang tersebut gagal untuk berlepas dengan kapal terbang tersebut. Beliau tertinggal gigi palsunya di hotel penginapannya. Dia kembali ke sana untuk mengambil gigi palsunya. Ini bermakna dia GAGAL untuk berlepas dengan penumpang lain untuk ke destinasi seterusnya. Pada fikirannya dia tidak bernasib baik pada hari itu. Sangkaannya meleset selepas dia mendapat berita kapal terbang yang sepatutnya dia berada di dalamnya mnegalami nahas jatuh terhempas. Apakah kegagalannya tidak baik atau bagus? Bagaimana jika hari itu dia berjaya bersama penumpang lain? Tentulah umurnya tidak panjang. Menemui kematian yang amat terajis sekali.

Jadi jangan kita anggap GAGAL itu sesuatu yang tidak baik. Sebutir bom yang gagal meletup ketika dibaling kepada kepada kita merupakan satu nasib baik. Seorang perompak gagal merompak bank mungkin tidak bagus bainya tetapi bagus dan baik sekali bagi pihak bank. Jadi jangan takut kepada GAGAL.

Kenapa GAGAL? Di sini kita bercakap kegagalan mencapai hajat baik. Jika hajat tidak baik jika tidak berjaya pun tidak mengapa. Gagal tidak melakukan perbuatan jahat adalah satu kejayaan atau kemenangan buat diri kita.

F - FEAR (Takut)

Takut apa? Takut gagal. Takut dimalukan. Takut rugi......
Jika saya mengajak anda menyertai bisnes MLM tentu ada antara anda yang enggan mneyertainya kerana bimbang dan takut anda akan gagal dalam mengusahakannya. Anda takut malu bila tidak berjaya. Anda takut rugi wang dan masa jika gagal melakukannya dengan baik dan bagi mendatangkan hasil yang lumayan. Ketakutan ini adalah perkara biasa. Memang anda patut takut. Jangan berani membabi buta pula. Buat kajian sedalam-dalamnya sebelum menyertai sesuatu perniagaan apatah lagi perniagaan yang menjanjikan untung lumayan dengan modal yang rendah. Jika modal besar pun anda mesti bijak menilai peluang. Perniagaan MLM adalah perniagaan kecil, bermodal kecil untuk orang kecil yang ingin berjinak-jinak dengan keusahawanan tanpa perlu menempuh risiko yang besar. Tetapi ingat MLM adalah satu perniagaan berskala besar. Berbilion ringgit diraih dalam bisnes ini setiap tahun. Ada yang menjadi jutawan melalui MLM. Jangan pandang rendah dengan MLM.

A - APATHY (Tidak berminat/tidak bersemangat/tidak apa)

Kenapa ramai orang tak berminat dengan MLM? Orang Melayu amat kurang menyertai bidang ini. Kaum Cina dan India dan bangsa lain banyak menyertainya kerana mereka tahu ini lubuk emas untuk buat duit. Orang Melayu bukan tak tahu tetapi mereka enggan menyertainya kerana ia memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya. Orang Melayu tidak tahan diuji dengan masalah dan kerumitan. Mereka lebih senang makan gaji walau pun gaji itu kecil asalkan terjamin. Mereka bermimpi untuk memiliki apa orang lain miliki dengan pendapatan yang tidak seberapa dan tidak pernah mencukupi. Kalau lah kita orang Melayu berani, bidang ini akan hasilkan pendapatan yang lumayan. Syaratnya mahu belajar dan berusaha segigih orang lain. Tanamkan minat untuk berdikari. Berniaga adalah satu bidang yang dituntut Islam. 9/10 rezeki itu berada dalam perniagaan. Tetapi untuk berjaya kita perlu bekerja 9 kali lebih kuat dari orang makan gaji. Bila kita sudah berjaya kita boleh jadi tidak perlu bekerja langsung. Kalau bekerja pun sekadar suka-suka saja. Tidak seperti orang makan gaji terpaksa bekerja sampai mati. Tiada kerja, tiada gaji!

I-INDECISION (Keraguan)

Kenapa ragu? Kerana kita tidak mengenalinya. Kita tidak yakin MLM boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Kita tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Untuk membuang sikap ragu-ragu ini kita kenalah mendampingi orang-orang yang berjaya dalam bidang bisnes MLM ini. Jika kita bergaul dengan mereka, kita akan tahu rahsia kejayaan mereka. Mereka rela membantu kita untuk mengecapi keuntungan dalam MLM. Jangan bertanya dengan orang tidak menjalankan bisnes MLM atau gagal dalam MLM. Mereka akan pengaruhi kita dengan sikap negatif mereka. Mereka tidak mahu kita berjaya. Mereka malu jika kita berjaya. Jauhi mereka tapi jangan pula tidak mahu berjumpa dengan mereka. Mungkin mereka akan sertai anda jika mereka melihat anda juga boleh buat. Walau pun anda tidak punya kelulusan tinggi. Sama seperti mereka juga. Tetapi disebabkan cara berfikir dan bertindak tidak sama, nasib anda menjadi lebih baik daripada mereka.

L- LAZINESS (Kemalasan)

Kata Loh Boon Siew jutawan motosikal Honda, penyakit MALAS ini tiada ubatnya. Penyakit lain ada ubatnya tetapi jika malas tiada doktor yang mampu mengubatnya. Sebenarnya malas ada ubatnya. Ubatnya ialah rajin. Rajin berusaha tangga jaya. Tuhan pun tidak mampu menolong kita jika kita malas mencari rezeki. Bumi ini dilimpahi dengan kekayaan yang tidak habis-habis tetapi hanya orang yang rajin saja mendapat faedahnya. Ada emas di bawahnya. Cuma orang berani melombong akan memperolehinya. Ikan berjuta tan banyaknya di lautan sana tapi hanya orang yang berani memukat saja mendapatnya. Jika kita mahu sesuatu kita buangkan sikap malas jauh-jauh. Jika kita kaya raya kita boleh bantu orang yang memerlukan. Berapa ramai yang meminta-minta bantuan daripada orang berada. Alangkah baiknya jika kita dapat bantu mereka. Tuhan akan beri kita pahala dan rezeki yang bertambah-tambah jika kita sanggup bersedekah dan melakukan amal jariah. Tidak kah ini memberi kita dorongan untuk menjadi orang berharta dan kaya raya. Menjadi kaya sepatutnya menjadi matlamat kita. Kaya beriman bukan kaya yang sebaliknya. Tidak guna kaya jika enggan bantu orang dalam kesusahan. Buat apa wang yang banyak kalau hanya untuk diri kita saja. Kita boleh bawa kekayaan kita bersama bila kita mati jika kita buat banyak kebajikan semasa di dunia dengan kekayaan kita itu. Kekayaan pahala Allah itulah yang kita harapkan dari semua usaha kita lakukan. Biarlah kekayaan itu berkat sampai akhir hayat kita. Usah lah bermalas-malasan lagi. Hidup kita hanya sementara saja. Sementara ada peluang berusahalah menjadi orang kaya. Tunggu apa lagi? Hubungi saya!

No comments:

Post a Comment