Saturday, February 25, 2012

UBATILAH PENYAKITMU!

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa a.s. untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

"Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh!" kata kaumnya.

Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun, permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

"Aku tidakan berubat sehingga aku disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!"

Setelah gagal memujk, kaum Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh. Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman : "Wahai Musa, demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!"

Selepas mendapat wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Musa merasa kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi : "Wahai Musa, apakah kamu menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku!"
"Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuhan-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?"

Nabi Musa merasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati!

Apa yang mahu saya kongsikan dengan anda ialah kebaikan Jus Delima yang diketahui banyak khasiatnya untuk menjaga kesihatan kita. Ingatlah tumbuhan Delima ini disebut dalam kitab suci kita al-Quran. Sudah pasti Allah telah meletakkan ubat dalam tumbuhan ini seperti mana Allah letakkan ubat dalam tumbuhan-tumbuhan lain yang belum kita kaji khasiat perubatannya.

Apa yang ingin saya katakan di sini kita tidak perlu ditimpa sakit baru nak cari ubatnya. Kita jaga kesihatan dengan mencegahnya kerana adalah diketahui merawat penyakit adalah lebih mahalnya harganya dari mencegahnya. Jangan sampai kita kehabisan wang simpanan hari tua kerana mengubati penyakit! Janganlah terlalu berkira sangat dengan membelanjakan sedikit wang untuk kekalkan kesihatan. Jika kita sihat wang boleh kita cari. Tapi jika sakit, bagaimana nak bekerja mencari wang ringgit. "TIMBUNLAH HARTA ANDA SETINGGI MANA YANG ANDA MAHU, KESIHATAN JUGA YANG LEBIH BERHARGA!"

Cerita saya petik dari majalah Mastika Disember 2010.

No comments:

Post a Comment