Benarkah perniagaan MLM semudah ABCD? Jika anda bertanya kepada mereka yang gagal dalam MLM mereka akan berkata TIDAK SEMUDAH itu. Tapi jika anda bertanya kepada yang berjaya jawapannya tentulah berbeza. Jadi jika anda hendak berjaya dalam bidang MLM ini bertanyalah kepada mereka yang berjaya kerana orang berjaya saja boleh membantu anda juga berjaya.
Langkah pertama : Jadi AHLI
Kenapa perlu menjadi ahli? Kalau anda nak main golf anda diminta menjadi ahli klab golf terlebih dahulu untuk anda menikamati kemudahan di situ. Jadi apabila anda daftar menjadi ahli MLM Giffarine contohnya anda akan dapat menikmati beberapa kemudahan dari syarikat Giffarine. Anda boleh membeli produk GIFFARINE pada harga diskaun 25%. Ini satu penjimatan besar kepada perbelanjaan anda. Tidak ada suypermarket yang beri diskaun pembelian kepada anda walaupun sebanyak mana anda membeli produk pengguna dari mereka. Jika ada potongan harga pun mungkin terhad sebagai promosi saja. Selepas itu harga kembali kepada harga penuh 100%. Dengan menjadi ahli anda boleh menjual produk GIFFARINE itu kepada sesiapa saja pada harga 100% (harga bukan ahli). Dengan ini akan dapat untung 25% jika berlaku pembelian dari rakan-rakan anda. Jika mereka juga mahu menikmati harga potongan 25% mereka boleh anda rekrut menjadi wakil jualan syarikat yang anda wakili. Lebih ramai yang menjadi ahli kumpulan anda, lebih banyak faedah yang akan anda perolehi.Anda boleh rujuk kepada plan pemasaran GIFFARINE untuk melihat peluang-peluang yang terbuka kepada anda untuk meraih pendapatan lumayan setiap bulan.
Langkah ke dua : BELI
Kenapa beli? Dengan membeli anda dapat merasai sendiri keberkesanan produk. Kalau setakat dengar cakap orang mana boleh dipercayai. Cuba dan buktikan sendiri. Jika anda yakin produk itu memang berkesan dan anda puas hati anda tidak akan ragu-ragu berkongsi pengalaman penggunaannya dengan orang lain. Anda akan menjadi lebih berkeyakinan untuk berkongsi kebaikan produk.
Langkah ke tiga : CERITA
Cerita apa? Cerita kebaikan produk kepada sesiapa saja yang anda temui. Mereka mungkin sedang mencar-cari yang produk yang anda gunakan dan berpuas hati dengan hasilnya.Jika mereka menolak tidak apa. Mereka bukan menolak anda tetapi menolak produk saja. Tidak perlu bersedih dengan penolakan itu. Ramai lagi menusia lain yang akan anda temui. Anda bukan punyai satu kenalan saja. Ramai saudara mara dan rakan-rakan di luar sana. Gunakan peluang untuk berkongsi kebaikan produk tanpa malu atau segan.
Langkah ke empat : DUPLIKASI
Duplikasi ini bermaksud melakukan semula langkah pertama hingga ke empat. Jika anda berjaya mendapat rakan kongsi baru ajak dan latih mereka lakukan apa yang anda telah lakukan. Jika anda mahu berjaya dalam bidang MLM anda mesti bersedia membantu rakan-rakan baru anda berjaya. Bila mereka berjaya, anda juga akan berjaya.Pastikan anda sedia mendengar dan membantu mereka mengatasi masalah-masalah awal melakukan bisnes MLM. Kita mahu sama-sama berjaya dengan orang lain.Konsep saling membantu akan mendatangkan hasil yang lebih lumayan kepada ahli kumpulan anda.
Jadi susahkah melakukan bisnes MLM? Apa saja yang anda suka lakukan sesungguhnya ia tidak mungkin menjadi satu beban. Ia menjadi satu keseronokan pula. Lakukan kerja yang produktif. Yang mendatang kebaikan bukan keburukan.
SELAMAT MENCEBURI BIDANG MLM...
No comments:
Post a Comment