Monday, February 20, 2012

NONTON TV BOLEH SEBABKAN SAKIT JANTUNG?

Satu kajian yang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika mendapati mereka yang gemar menonoton televisyen lebih 4 jam sehari akan menghadapi risiko diserang penyakit jantung.

Mereka yang menonoton lebih 4 jam mempunyai 46% risiko lebih tinggi untuk mati daripada sebab lain. Mereka juga mempunyai peningkatan risiko sehingga 80% daripada mengalami penyakit kardiovaskular. Puncanya ialah kerana duduk terlalu lama untuk tempoh yang panjang boleh menghalang badan daripada menggunakan otot dan memproses gula dan lemak dengan cukup.

Hasil kajian diperolehi setelah enam tahun dibuat yang melibatkan 8,800 penduduk Australia. Jadi eloklah kita semua mengambil ikhtibar dari kajian ini kerana rakyat Malaysia juga di dapati suka menonton siaran televisyen berjam-jam lamanya tanpa mendapat sebarang faedah atau manfaat pun. Alangkah baiknya jika kita gunakan masa yang terbuang itu untuk menjalankan perniagaan MLM yang sekurang-kurangnya boleh membawa sejumlah wang ke dalam poket kita setiap bulan. Kita kerugian kerana membuang masa yang amat berharga. Masa itu nyawa kita. Kita semua hanya diberi masa 24 jam sehari semalam. Jika kita punya pekerjaan tetap kita bekerja 8 jam sehari. Kita tidor 8 jam sehari. Apakah yang kita buat dengan 8 jam lagi? Menonton televisyen atau menambah pendapatan? Mereka yang berjaya menghargai masa tapi mereka yang gagal akan membuang masa seolah-olah ianya tidak berguna.

No comments:

Post a Comment