Ramai orang Melayu bila dengar saja MLM terus mencebek atau geleng kepala. Saya pun dulu sama juga. Banyak kali jadi member perniagaan berbentuk MLM semuanya hangat-hangat tahi ayam saja. Bukan apa sebab banyak penaja yang tekan kita suruh cari orang lain untuk join syarikat itu. Bukan dia orang nak cari ramai pengguna atau pembeli tapi nak cari DOWNLINES. Ini yang buat ramai orang menolak perniagaan berbentuk MLM ni. Bukan kerana perniagaan cara MLM ni tak bagus. Ramai jadi jutawan hasil dari penglibatan dalam MLM. Ramai juga yang tak menjadi. Yang tak menjadi bukan salah syarikat MLM tu sangat. Kekadang ia lebih kepada kelemahan orang yang menjadi ahli. Baru join sehari dua dah nak dapat beribu-ribu sebulan. Kalau tak dapat, saleskit jadi berabuk lah.
Saya join GIFFARINE kerana syarikat ini ada mengedar JUS DELIMA. Jus yang saya percaya dan yakin boleh menyumbang kepada kesihatan kewangan dan badan kita. Syarikat ada keluarkan pelbagai barang pengguna yang bermutu tinggi dan dijual dalam harga mampu beli. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Cakap saja apa yang kita perlu, insyaALLAH ada dalam katalog jualan GIFFARINE. Jangan cari barangan eletrik, kenderaan sudah lah......GIFFARINE tak ada jual. Tapi jika anda jadi ahli dan aktif mengedar dan mengajak kawan-kawan join syarikat ini mungkin anda boleh beli apa saja yang anda idamkan satu masa nanti.
Kepada anda yang banyak masa terluang, eloklah join syarikat ini. Bukan apa kalau asyik lepak depan television dan kedai kopi berjam-jam pun bukan menguntungkan. Lain lah kalau anda mempromosi barang keluaran GIFFARINE semasa berbual-bual tu. Itu memang aktiviti yang menguntungkan.
MLM adalah satu perniagaan berskala besar tapi bermodal amat kecil. Bayangkan untuk jadi ahli GIFFARINE pelaburan permulaan hanyalah RM35.00 sahaja. Bila jadi ahli anda akan dapat membeli produk pada harga diskaun sekitar 25%.....pada asasnya. Bayangkan jika satu barang pada harga runcit bernilai RM100.00 tetapi harga ahli cuma RM75.00 bukankah ini satu penjumatan kepada anda? Adakah anda sanggup buang RM25 begitu saja? Berapa kali dalam umur anda, anda biasa terjumpa wang RM25 di tepi jalan? Berapa ramai kawan anda yang menghulurkan wang RM25 setiap kali anda berjumpa mereka? Tak ada kan.
Selain berjimat anda akan dapat keuntungan jika ada kawan-kawan anda membeli barangan keluaran syarikat dari anda. Tak ada kedai yang dapat beri diskaun pembelian setiap hari kepada kita. Tetapi dengan menjadi ahli GIFFARINE anda dapat diskaun hari-hari!
Jadi buat apa buang masa....daftar jadi ahli sekarang dan nikmati faedahnya! Sihat badan dan sihat poket juga. Takkan nak tolak peluang keemasan ini. Fikir...fikir....buat keputusan...jadi ahli dengan segera. Lagi lama kita bertangguh, lagi jauh lah peluang kita untuk menjadi manusia yang beruntung.
Selamat berusaha dan berjaya bersama-sama GIFFARINE,
No comments:
Post a Comment