Hari ini dalam NST disenaraikan orang-orang terkaya di Malaysia. Dalam kedudukan nombor satu masih Robert Kuok dengan memiliki kekayaan RM37.2 billion. Nombor dua T.Ananda Krishnan RM29.7 billion.........Pada kedudukan nombor tujuh ialah Tan Sri Syed Mookhtar AlBukhary RM9.9 billion. Begitulah carta terbaru yang disiarkan hari ini Jumaat, Mac 2012.
Jika kita lihat kesemua mereka melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Peluang untuk menjadi kaya raya melalui jalan lain amatlah tipis sekali. Bidang perniagaan pula kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina dan majoriti pembeli pula adalah kaum Melayu. Sesungguhnya kuasa membeli orang Melayu amat besar. Kaum Cina berlumba-lumba menyediakan barangan untuk kegunaan orang Melayu. Pemilikan label halal juga banyak dimiliki oleh orang Cina kerana mereka sedar barangan yang berlabelkan halal boleh dijual di mana-mana dunia Islam.
Malangnya kita kaum Melayu lebih suka makan gaji walau pun gajinya tidak seberapa setiap bulan. Dalam satu berita yang saya baca kebanyakan orang yang makan gaji membawa balik 40% saja gaji bulanannya. 60% lagi hilang untuk membayar pelbagai hutang piutang. Bulan belum habis tetapi gaji lebih dulu habis. Orang-orang ini sampai mati pun tidak akan dapat mengecap erti dan nikmat kekayaan. Memang benar kaya tidak mestinya bahagia. Tetapi dengan kekayaan kita boleh mencipta bahagia. Sebab itulah kita mengajak orang-orang Melayu yang tidak pernah cukup duit ini untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang tidak memerlukan modal permulaan yang banyak dan risiko hampir tiada. Ceburkan diri dalam bidang perniagaan MLM. Jangan pandang rendah dengan perniagaan jenis ini kerana ramai jutawan yang telah dapat dicipta melaluinya. Tiada kelulusan tinggi yang diperlukan. Cukuplah sekadar kamahuan dan usaha yang gigih untuk menempa kejayaan.
Perniagaan memberi kita sembilan kali lebih peluang untuk mencari kekayaan. Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa saja yang mahu membantu diri mereka sendiri.Carilah syarikat MLM yang mengedar barang yang anda suka. Jika anda suka kesihatan, pilih MLM yang mengedar produk kesihatan. Jika suka buku pengetahuan, cari syarikat yang menjual buku-buku. Begitu banyak pilihan yang kita ada. Cuma terserah pada kita saja sama ada mahu atau tidak. Berani atau tidak.
Jika masih malu, mulalah dari kecil-kecilan dulu. Boleh mula dengan keluarga sendiri dan bila sudah ada keyakinan boleh diperluaskan kepada orang lain. Hari ini dengan adanya internet anda boleh menjual segalanya tanpa perlu berjumpa sesiapa. Jadi sampai bila nak hidup susah? Sampai bila nak harap bantuan dari kerajaan dan orang lain? Berniaga bererti memberi khidmat kepada orang. Kita menjadi manusia yang berguna. Manusia yang tidak suka buang masa bersembang kosong di kedai-kedai kopi. Bila sudah kaya kita jangan lah pula untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat. Tidakkah kita mahu menjadi bangsa yang banyak memberi dari menerima?
No comments:
Post a Comment