Ramai orang yang sangka apabila kita join syarikat MLM kerana nak kaya jadi cara mudah. Ini tanggapan yang salah. Jika tidak berlaku penjualan, tidak ada orang boleh jadi senang melalui bisnes MLM ni. Jangan buang duit anda dengan skim pelaburan yang janji anda boleh dapat duit dengan goyang kaki saja. Tunggu kat rumah duit masuk ribu-ribu sebulan. Kita akui ada bisnes yang tak perlu anda bersusah payah menjual barang tapi masih boleh raih pendapatan yang agak lumayan. Bisnes ini wujud tapi syarikat ini bukan syarikat MLM. Kita kena keluar modal ribuan ringgit dahulu. Tapi berapa ramai yang mampu keluar duit ribu-ribu untuk pendapatan yang belum pasti. Risiko tinggi. Nasib baik untung. Nasib tak baik rugi besar. Kalau dah kaya tak apa lah. Tak tahu mana nak buang duit. Tapi orang kaya sekali pun dia tak mahu rugi. Satu sen pun dia berkira. Inikan nak rugi ribu-ribu, Minta maaf lah.
Tujuan saya join syarikat MLM Giffarine kerana nak berjimat. Nak buat duit masuk bab ke dua. Kalau saya berjaya ajak orang berjimat maknanya saya dah membantu orang itu menambah pendapatannya. Bagaimana saya menolong dia? Apabila anda join syarikat MLM yang ada mengedar barang kegunaan harian seperti syampoo, sabun mandi, alat solek, minuman kesihatan dan lain-lain lagi, anda dapat membelinya dengan harga diskaun/potongan. Katakan lah sebotol syampoo berharga RM10.00 dijual kepada bukan ahli tetapi ahli dapat membelinya pada harga RM7.5o sen, bukankah telah berlaku penjimatan sebanyak RM2.50 sen? Itu baru satu barang. Macam mana kalau pembelanjaan itu RM100.00 sebulan untuk membeli benda-benda yang saya sebutkan tadi? Setiap bulan anda jimat RM25.00....ini boleh anda simpan dalam bank atau beli petrol untuk kenderaan anda. Macam mana pula kalau anda berjaya menjual barang tadi kepada kawan-kawan di sekeliling anda? Kalau satu botol anda untung RM2.50, kalau 10 botol sudah RM25.00 masuk poket anda. Bukankah ini cara terbaik untuk tambah pendapatan?
Sebenarnya apabila join syarikat MLM yang berwibawa anda untung bukan rugi. Anda dapat membantu ramai orang berjimat di samping buat duit tambahan. Jika WORK HARD DAN WORK SMART anda boleh raih pendapatan ribuan ringgit sebulan. Gaji dari kerja susah payah anda boleh simpan. Belanja guna duit bonus dan keuntungan pemberian syarikat MLM saja. Ini bukan cakap kosong. Jika anda berusia 18 tahun ke atas, hubungilah mana-mana upline atau ahli syarikat Giffarine. Anda boleh jadi usahawan berjaya tak sampai 5 tahun. Dan miliki pendapatan bulanan melebihi orang yang keluar universiti yang berkhidmat selama lima tahun. Tetapi kena rajinlah. Inilah cantiknya bisnes MLM. Anda rajin anda untung. Tak payah nak tunggu bonus hujung tahun yang tak seberapa banyaknya. Anda tentukan banyak mana anda nak. Kemudian usaha....usaha...usaha...
Bila kita berjimat sebenarnya kita orang Islam mengikut ajaran al-Quran. Allah beritahu kita dalam kitab sucinya bahawa orang yang suka membazir itu saudara kepada syaitan laknatullah. Kita berjimat apabila kita beli benda berkualiti tinggi dengan harga yang murah. Kalau anda nak tahu barang yang anda beli di supermarket atau kedai biasa, anda bayar 100% untuknya? Tidak ada potongan harga walau banyak mana sekali pun anda beli kecuali hari supermarket buat jualan murah. Itu pun mereka buat sebab nak buang stok lama. Tapi apabila jadi ahli syarikat MLM seperti Giffarine, anda dapat diskaun atau potongan harga har-hari. Bukan berjimatkah itu namanya? Jika anda berminat nak join ahli Giffarine emel saya. Kita sama-sama mendapat keuntungannya. Jangan fikir lama-lama....buat keputusan yang bijak. Sertai saya....
No comments:
Post a Comment