Wednesday, February 29, 2012

KENAPA FOBIA MLM?

Ramai orang apabila diajak menyertai syarikat perniagaan MLM akan berfikir berkali-kali atau menolaknya terus tanpa segan-segan lagi. Bila di tanya kenapa, jawab mereka banyak syarikat MLM yang menipu. Kita tidak menolak alsan mereka kerana ada benarnya syarikat MLM yang bukan menjalankan perniagaan sebenarnya tetapi menjalankan syarikat piramid tetapi berselindung di sebalik syarikat MLM. Mereka inilah yang merosakkan nama baik syarikat MLM yang tulen.

Sebenarnya tidak susah untuk mengenal pasti syarikat MLM tulen dengan syarikat piramid. Syarikat yang operasinya sistem piramid menggalakkan kita mencari downline sebanyak mungkin. Kita dimestikan membeli dan menyimpan stok yang banyak. Masalahnya timbul apabila tidak ada orang yang mahu membelinya kerana harga yang ditawarkan tidak munasabah jika dibandingkan barangan yang sama di pasaran terbuka. Contohnya satu penapis air berharga sehingga RM3 000 se unit pada hal satu unit penapis yang serupa di pasaran terbuka jauh lebih murah.Akhirnya stok kita tersimpan begitu saja dan membawa kerugian yang bukan sedikit. Mahu tak mahu kita jual pada harga yang lebih murah dan bayaran ansuran.

Syarikat MLM yang tulen membayar imbuhan berdasarkan jualan perseorangan dan kumpulan. Jika tiada barang dijual tiada ada apa bayaran yang kita perolehi. Kita mungkin perlu kekalkan belian bulanan yang rendah untuk membolehkan kita terus menjadi ahli. Memang benar, di satu peringkat anda tidak perlu menjual lagi. Syarikat membayar imbuhan kepada kita apabila kita mencapai satu tahap yang melayakkan kita berkongsi keuntungan dengannya. Bayaran ini bukanlah hasil dari jualan ahli-ahli di bawahnya. Imbuhan ini sebagai bayaran penat lelah upline membentuk satu jaringan perniagaan. Dia bertanggungjawab memastikan ahli-ahli di bawah seliannya berjaya seperti dirinya juga. Di sini syarikat MLM tulen menitikberatkan teamwork atau kerjasama untuk memajukan jualan produk syarikat. Semua ahli berpeluang mendaki tangga yang sama untuk ke puncak. Siapa yang rajin dia akan maju. Siapa masuk dulu tidak penting. Ada orang kata, sistem ini hanya menguntungkan orang atas. Mereka lah yang kaya dulu. Ini tidak benar sama sekali. Ada yang masuk lebih dulu tetapi masih berada di tahap biasa kerana tidak aktif menjalankan bisnesnya. Ada yang masuk kemudian tetapi telah jauh lebih maju daripada yang mereka yang masuk awal. Jadi di mana benarnya kata-kata yang mengatakan orang atas sentiasa untung?

Jika anda berminat menjadi ahli mana-mana syarikat MLM cuba pilih syarikat yang berdaftar dengan SSM. Pastikan sijil operasi niaganya belum luput. Pastikan juga ia berpayung di bawah DSAM (Direct Selling Association of Malaysia) atau Direct Marketing Association atau badan-badan yang diikhtiraf dalam jualan langsung. Ini mengelakkan anda dari melibatkan diri dengan syarikat satu malam atau fly-by-nite operator. Hari ini ada, esok ghaib entah ke mana.

Pastikan juga barang yang dipasarkan adalah barang yang ada repeat sale atau jualan ulangan. Produk itu contohnya vitamin atau supplements yang perlu dibeli setiap bulan untuk mengekalkan kesihatan. Produk yang tiada jualan ulangan agar sukar dijual kerana mungkin sekali beli saja dan memakan masa yang lama untuk ditukar baru. Produk yang digunakan secara harian adalah lebih baik seperti bahan pencuci dan alat solekan dan mudah dijual. Jika tidak dijual pun kita mesti membelinya untuk kegunaan sendiri. Contohnya sabun serbuk cuci, kita terpaksa membelinya setiap bulan apabila habis digunakan. Apabila kita membeli dari syarikat MLM di mana kita menjadi ahlinya kita dapat mebuat pembelian diskaun. Ini akan menguntungkan kita jika di bandingkan kita membeli produk yang sama di supermarket atau shopping malls di mana tiada sebarang diskaun diberikan. Penjimatannya sehingga 25%. Bayangkan setiap satu ringgit kita dapat jimatkan 25 sen. Nampak tidak banyak tapi jika jumlah pembelian kita banyak setiap bulan bayangkan pulangannya. Tiada kedai yang akan beri pulangan RM25.00 untuk setiap pembelian RM100.00.......Setiap barang yang kita beli di supermarket kita bayar 100%!....tapi melalui syarikat MLM kita jadi ahli adalah 75%. Untung atau rugi jadi ahli MLM?

Saturday, February 25, 2012

UBATILAH PENYAKITMU!

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa a.s. untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

"Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh!" kata kaumnya.

Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun, permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

"Aku tidakan berubat sehingga aku disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!"

Setelah gagal memujk, kaum Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh. Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman : "Wahai Musa, demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!"

Selepas mendapat wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Musa merasa kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi : "Wahai Musa, apakah kamu menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku!"
"Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuhan-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?"

Nabi Musa merasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati!

Apa yang mahu saya kongsikan dengan anda ialah kebaikan Jus Delima yang diketahui banyak khasiatnya untuk menjaga kesihatan kita. Ingatlah tumbuhan Delima ini disebut dalam kitab suci kita al-Quran. Sudah pasti Allah telah meletakkan ubat dalam tumbuhan ini seperti mana Allah letakkan ubat dalam tumbuhan-tumbuhan lain yang belum kita kaji khasiat perubatannya.

Apa yang ingin saya katakan di sini kita tidak perlu ditimpa sakit baru nak cari ubatnya. Kita jaga kesihatan dengan mencegahnya kerana adalah diketahui merawat penyakit adalah lebih mahalnya harganya dari mencegahnya. Jangan sampai kita kehabisan wang simpanan hari tua kerana mengubati penyakit! Janganlah terlalu berkira sangat dengan membelanjakan sedikit wang untuk kekalkan kesihatan. Jika kita sihat wang boleh kita cari. Tapi jika sakit, bagaimana nak bekerja mencari wang ringgit. "TIMBUNLAH HARTA ANDA SETINGGI MANA YANG ANDA MAHU, KESIHATAN JUGA YANG LEBIH BERHARGA!"

Cerita saya petik dari majalah Mastika Disember 2010.

Tuesday, February 21, 2012

MENCEGAH LEBIH BAIK.....

Siapa yang tak pernah dengar MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT? Rasanya ramai. Tapi berapa ramai pula yang mengamalkannya? Kenapa jadi begitu? Ini agak menghairankan kita semua.

Percaya tapi tidak mengamalkannya samalah seperti tidak percaya. Pokok tak ada buah. Jika kita lihat dan baca kos rawatan yang kita kena tanggung apabila diserang sakit barulah kita mahu menghargai kata-kata itu. Setiap hari kita ada baca dalam akhbar dan tidak kurang juga dalam televisyen orang-orang tertentu memohon bantuan untuk mengubati kesakitannya. Ada yang mencecah ratusan ribu yang diluar kemampuan kita orang biasa. Orang kaya tak ada masalah. Sebut saja banyak mana mereka sanggup bayar.

Ada orang yang mengambil keputusan dengan mengambil insuran kesihatan untuk menampung perbelanjaan hospital jika ditimpa sakit. Ini satu pendekatan proaktif yang baik tetapi tak ramai yang mampu membeli insuran kesihatan kerana bayaran premiumnya agak tinggi. Jadi apa pilihan kita? Insuran kesihatan kita ialah memelihara kesihatan tubuh badan kita sebaik mungkin. Jaga pemakanan kita. Jangan makan sebarangan saja. Pilih makanan yang halal lagi bersih. Jangan makan disebarangan kedai. Tengok keadaan sekeliling. Jika kebersihan kedai makan agak menjijikkan cari kedai lain yang lebih selesa dan bersih. Lihat peniaganya. Macam mana pakaiannya. Bersih atau kotor?

Kita mungkin tidak punya banyak wang untuk membeli makanan berkhasiat yang mahal-mahal. Vitamin-vitamin yang dijual oleh syarikat jualan langsung kekadang harganya tidak masuk akal. Beratus-ratus ringgit sebotol. Tambahan lagi yang diimpot. Jika kita tidak mampu apa pilihan kita?

Giffarine ada menjual minuman jus kesihatan pada harga yang mampu beli oleh semua orang. Salah satu jus yang saya syorkan adalah JUS DELIMA. Harga sebotol hanyalah RM71.30/700ml. Jika mahu lebih murah silalah daftar menjadi ahli. Tidak rugi kerana kita beli pada harga diskaun setiap produk yang dikeluarkan oleh Giffarine. Banyak jimat dan untungnya kepada kita. Jika tidak mahu menjual pun tidak apa. Guna sendiri saja. Jika produk yang kita guna mendatangkan kebaikan kepada kita berkongsilah kebaikannya. Jika ada pelanggan  nak beli kita jual. Tidak ada paksaan. Untungnya kepada semua. Pelanggan untung kerana sihat dan kita juga untung kerana dapat imbuhan komisen jualan.

Jadi usah teragak-agak untuk menjadi ahli Giffarine. Buat keputusan bijak. Orang bertangguh selalu rugi.
Daftar sekarang juga.

Monday, February 20, 2012

NONTON TV BOLEH SEBABKAN SAKIT JANTUNG?

Satu kajian yang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika mendapati mereka yang gemar menonoton televisyen lebih 4 jam sehari akan menghadapi risiko diserang penyakit jantung.

Mereka yang menonoton lebih 4 jam mempunyai 46% risiko lebih tinggi untuk mati daripada sebab lain. Mereka juga mempunyai peningkatan risiko sehingga 80% daripada mengalami penyakit kardiovaskular. Puncanya ialah kerana duduk terlalu lama untuk tempoh yang panjang boleh menghalang badan daripada menggunakan otot dan memproses gula dan lemak dengan cukup.

Hasil kajian diperolehi setelah enam tahun dibuat yang melibatkan 8,800 penduduk Australia. Jadi eloklah kita semua mengambil ikhtibar dari kajian ini kerana rakyat Malaysia juga di dapati suka menonton siaran televisyen berjam-jam lamanya tanpa mendapat sebarang faedah atau manfaat pun. Alangkah baiknya jika kita gunakan masa yang terbuang itu untuk menjalankan perniagaan MLM yang sekurang-kurangnya boleh membawa sejumlah wang ke dalam poket kita setiap bulan. Kita kerugian kerana membuang masa yang amat berharga. Masa itu nyawa kita. Kita semua hanya diberi masa 24 jam sehari semalam. Jika kita punya pekerjaan tetap kita bekerja 8 jam sehari. Kita tidor 8 jam sehari. Apakah yang kita buat dengan 8 jam lagi? Menonton televisyen atau menambah pendapatan? Mereka yang berjaya menghargai masa tapi mereka yang gagal akan membuang masa seolah-olah ianya tidak berguna.

Saturday, February 18, 2012

JANTUNG DAN OTAK : MANA LEBIH UTAMA DI JAGA KESIHATANNYA

Hari ini saya membeli sebuah majalah baru IMAN dan di dalamnya ada satu artikel yang menarik hati saya untuk terus membacanya. Tajuknya : Otak dan Jantung mana satu yang berfikir? Pada mulanya saya pasti mengatakan otak kerana ia terletak di atas sekali. Lagi pun otak tempat berlakunya pemikiran. Rupanya andaian saya itu salah sama sekali. Yang sebenarnya JANTUNG. Betulkah?

Dalam artikel tersebut diceritakan satu peristiwa di mana seorang pemuda telah menerima jantung pemuda lain yang telah mati. Apabila penerima jantung pergi berjumpa dengan balu si penderma ia terus jatuh cinta dan mahu mengahwininya. Si balu tadi terus saja bersetuju untuk menerima lamaran si teruna yang menerima jantung suaminya yang meninggal akibat bunuh diri.

Dipendekkan cerita, suaminya yang dahulunya bersopan santun telah bertukar menjadi seorang yang pemarah dan ganas. Dia berkelakuan tidak ubah seperti bekas suaminya yang dulu. Akhirnya suami barunya juga mengambil keputusan membunuh diri. Apakah ini satu kebetulan?

Menurut pakar psaikoanalisis, jantung itu mempunyai daya ingatannya sendiri yang lebih kuat dari otak. Jika begini, manakah yang patut kita beri lebih perhatian : JANTUNG atau OTAK? Saya bertanya seorang kawan dia menjawab otak. Saya kata salah. Sebabnya? Jika otak kita diistisyhtihar sebagai BRAIN DEAD oleh doktor, jantung kita masih mampu berfungsi dengan baik tetapi bagaimana kalau jantung kita yang mati? Bukan saja otak akan mati, kita juga akan mati! Jantung bertugas mengepam darah keseluruh tubuh kita. Jika darah kita tidak dipam, pastilah kita akan menemui kematian yang amat cepat sekali. Jadi di sini dapat kata buat kesimpulan bahawa KESIHATAN JANTUNG perlu diambil berat. Dan JUS DELIMA adalah satu pemakanan yang sihat untuk jantung. Khasiat delima telah beribu tahun diketahui orang. Malahan Rasulullah S.A.W juga ada menyebut tentang khasiat buah delima (buah dari syurga) kepada mereka yang memakannya.

Nabi kita bukan ahli sains pemakanan dan bukan juga doktor lulusan mana-mana universiti terkemuka di dunia tetapi baginda mengetahuinya dari Allah. Allah yang mencipta buah yang berkhasiat untuk manusia. Sekarang kita cuma perlu meminumnya. Begitu mudah sekali. Tidak perlu membeli sebiji....sebiji...sebiji...Tunggu apa lagi? Hubungi saya untuk mendapatkannya hari ini juga.

Wednesday, February 15, 2012

MEMANG BERKESAN JUS DELIMA

Baru beberapa saja saya mencuba jus delima saya telah dapat rasai kesan kebaikan menggunakannya. Untuk pengetahuan pembaca saya menghadapi masalah SINUSITIS (Resedung). Setiap pagi pasti saya menghadapi masalah hidung tersumbat. Ini menjejaskan pernafasan saya. Di waktu malam juga saya menghadapi masalah yang sama. Tidur saya tidak jerap kerana masalah hidung tersumbat.

Jadi saya mencari-cari satu penawar yang mujarab dari bahan asli dan bukan drug yang diberi oleh kebanyak doktor dan farmasi. Saya tidak mahu menggunakan ubatan kimia cipataan manusia kerana ia jarang menyembuhkan tetapi sekadar melegakan saja. Habis ubat prekripsi masalah penyakit tidak juga selesai. Jika ke doktor dia pasti beri ubat yang lebih kuat. Lama kelamaan penyakit lain pula yang serang kerana menggunakan ubatan ciptaan manusia.

Saya dapat tahu JUS DELIMA mampu mengatasi masalah sinusitis hasil pembacaan dan pencarian saya dalam internet. Saya mencari-cari juga orang yang menjual produk JUS DELIMA ini di Alor Setar tetapi tidak ada. Tanya pada kawan-kawan pun mereka tidak tahu di mana boleh saya perolehi JUS DELIMA. Saya tidak putus asa. Dengan izin ALLAH saya terbaca satu ikhlan kecil dalam Berita Harian mengenai JUS DELIMA. Saya terus sms pengedarnya di Perlis. Kami berjumpa di Medan Selera Alor Merah. Setelah berbual-bual saya ambil keputusan membelinya se botol dan terus jadi ahli untuk dapatkan potongan harga 25% (harga untuk ahli).

Saya berpuashati kerana JUS DELIMA telah sembuhkan penyakit saya dengan izin ALLAH. Saya akan syorkan kepada sesiapa saja yang mengalami masalah RESEDUNG supaya mencubanya. Setiap penyakit ada ubatnya jika kita berikhtiar. Mengikut sahabat saya Prof. Dr Shamsudeen seorang pakar perubatan alternatif di Selayang Health Centre di Langkawi, JUS DELIMA memang baik untuk menjaga kesihatan keseluruhan badan. Jadi saya cadangkan kepada saudara pembaca yang menghadapi masalah kesihatan cuba-cuba lah minum JUS DELIMA GIFFARINE (99.9% JUS DELIMA) yang berkualiti tinggi ini. Siapa tahu dengan izin ALLAH ada bertemu dengan penawar penyakit yang saudara tercari-cari selama ini.

I-Sihat (keluaran Mac 2012) ada menulis akan kebaikan JUS DELIMA sebagai penawar kepada masalah jantung. Ia mampu menyahkan lebihan kolestrol jahat LDL dari tubuh kita yang mempunyai kaitan terjadinya masalah sakit dan lemah jantung. Ingat jantung kita adalah organ yang paling penting dalam tubuh kita. Jika dia berhenti berdenyut walau pun hanya seminit kita boleh kembali kepada pencipta kita semula (kembali ke rahmahtullah)...meninggal dunia la tu. Paling kurang kena stroke dan lumpuh. Sebelum kena berjaga-jaga lah. Bila dah kena banyak belanjanya! Jadi beli dan cuba JUS DELIMA. Tak mahal pun RM71.30 sen saja. Jadi ahli dapat harga potongan. Tak mahu kah? Jangan sayang duit untuk kesihatan...banyak duit tapi sakit nak buat apa. Kaya tapi menderita. Nak kah?

KEJAYAAN : NASIB ATAU PILIHAN

Saya baru saja terbaca satu artikel dalam majalah yang dituli seorang pakar motivasi mengenai kejayaan. Dia berkata kejayaan ini komposisinya ialah 80% SIKAP,19% ILMU dan hanya 1% NASIB.

Saya percaya ada kebenarannya kata-kata itu sebab SIKAP adalah cara kita berfikir dan bertindak. Jika kita salah dalam berfikir, kita besar kemungkinan juga salah dalam tindakan. Jika salah tindakan, hasilnya tentulah kegagalan. Cuba kita tengok kehidupan kita hari ini. Adakah kita susah atau senang, kaya atau miskin, suka atau derita, sihat atau sakit. Bukankah semua ini berpunca dari sikap kita? Kalau kita sakit, mungkin sikap kita suka makan apa saja tanpa ambil peduli benda itu baik untuk tubuh atau tidak. Jika kita miskin, mungkin kerana sikap kita memandang sinis kepada peluang cari duit melalui perniagaan kecil-kecilan.Contohnya ramai orang Melayu menolak bila diajak mneyertai bidang perniagaan MLM. Kerana apa? cuba cek sikap kita.Jangan lah sertai MLM yang berbentuk skim cepat kaya atau piramid. Yang janji untuk berlipat ganda dengan modal yang keci dan goyang-goyang kaki.Jangan....

ILMU ini penting kerana tanpa ilmu kita mungkin bertindak melulu. Tindakan serupa ini tidak akan datangkan hasil yang kita harapkan. Kalau jadi sekali pun mungkin memarahkan jiwa kita. Banyak stress....akhirnya kesihatan tergadai kerana memburu kejayaan. Ini kita tidak mahu. Duit banyak, kesihatan tiada apa gunanya.Akhirnya mati orang lain yang enjoy. Buat apa.

NASIB kata orang satu perkara yang pasti tentang nasib ini dia akan berubah.THE ONLY SURE THING ABOUT LUCK IS THAT IT WILL CHANGE.Nasib bertukar apabila kita tukar sikap kita. Kita tukar tindakan kita. Dari pasif kepada aktif.Apabila ada peluang buat duit, jangan tolak mentah-mentah. Siasat dahulu. Gunakan ilmu untuk mempastikan kesahihannya. Jangan terima membuta tuli nanti diri sendiri yang rugi. Nasib buruk bertukar baik melalui usaha.From Hard Luck to Hard Work.Jadi fikir-fikir lah apa yang saya kongsikan di sini. Jika betul terima, tak betul pedulikan saja.

Sunday, February 12, 2012

SEMUDAH ABCD

Benarkah perniagaan MLM semudah ABCD? Jika anda bertanya kepada mereka yang gagal dalam MLM mereka akan berkata TIDAK SEMUDAH itu. Tapi jika anda bertanya kepada yang berjaya jawapannya tentulah berbeza. Jadi jika anda hendak berjaya dalam bidang MLM ini bertanyalah kepada mereka yang berjaya kerana orang berjaya saja boleh membantu anda juga berjaya.

Langkah pertama : Jadi AHLI

Kenapa perlu menjadi ahli? Kalau anda nak main golf anda diminta menjadi ahli klab golf terlebih dahulu untuk anda menikamati kemudahan di situ. Jadi apabila anda daftar menjadi ahli MLM Giffarine contohnya anda akan dapat menikmati beberapa kemudahan dari syarikat Giffarine. Anda boleh membeli produk GIFFARINE pada harga diskaun 25%. Ini satu penjimatan besar kepada perbelanjaan anda. Tidak ada suypermarket yang beri diskaun pembelian kepada anda walaupun sebanyak mana anda membeli produk pengguna dari mereka. Jika ada potongan harga pun mungkin terhad sebagai promosi saja. Selepas itu harga kembali kepada harga penuh 100%. Dengan menjadi ahli anda boleh menjual produk GIFFARINE itu kepada sesiapa saja pada harga 100% (harga bukan ahli). Dengan ini akan dapat untung 25% jika berlaku pembelian dari rakan-rakan anda. Jika mereka juga mahu menikmati harga potongan 25% mereka boleh anda rekrut menjadi wakil jualan syarikat yang anda wakili. Lebih ramai yang menjadi ahli kumpulan anda, lebih banyak faedah yang akan anda perolehi.Anda boleh rujuk kepada plan pemasaran GIFFARINE untuk melihat peluang-peluang yang terbuka kepada anda untuk meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Langkah ke dua : BELI

Kenapa beli? Dengan membeli anda dapat merasai sendiri keberkesanan produk. Kalau setakat dengar cakap orang mana boleh dipercayai. Cuba dan buktikan sendiri. Jika anda yakin produk itu memang berkesan dan anda puas hati anda tidak akan ragu-ragu berkongsi pengalaman penggunaannya dengan orang lain. Anda akan menjadi lebih berkeyakinan untuk berkongsi kebaikan produk.

Langkah ke tiga : CERITA

Cerita apa? Cerita kebaikan produk kepada sesiapa saja yang anda temui. Mereka mungkin sedang mencar-cari yang produk yang anda gunakan dan berpuas hati dengan hasilnya.Jika mereka menolak tidak apa. Mereka bukan menolak anda tetapi menolak produk saja. Tidak perlu bersedih dengan penolakan itu. Ramai lagi menusia lain yang akan anda temui. Anda bukan punyai satu kenalan saja. Ramai saudara mara dan rakan-rakan di luar sana. Gunakan peluang untuk berkongsi kebaikan produk tanpa malu atau segan.

Langkah ke empat : DUPLIKASI

Duplikasi ini bermaksud melakukan semula langkah pertama hingga ke empat. Jika anda berjaya mendapat rakan kongsi baru ajak dan latih mereka lakukan apa yang anda telah lakukan. Jika anda mahu berjaya dalam bidang MLM anda mesti bersedia membantu rakan-rakan baru anda berjaya. Bila mereka berjaya, anda juga akan berjaya.Pastikan anda sedia mendengar dan membantu mereka mengatasi masalah-masalah awal melakukan bisnes MLM. Kita mahu sama-sama berjaya dengan orang lain.Konsep saling membantu akan mendatangkan hasil yang lebih lumayan kepada ahli kumpulan anda.

Jadi susahkah melakukan bisnes MLM? Apa saja yang anda suka lakukan sesungguhnya ia tidak mungkin menjadi satu beban. Ia menjadi satu keseronokan pula. Lakukan kerja yang produktif. Yang mendatang kebaikan bukan keburukan.

SELAMAT MENCEBURI BIDANG MLM...

Thursday, February 9, 2012

F.A.I.L = GAGAL

Hari ini saya nak bersembang mengenai satu perkara yang paling tidak disukai dan disenangi oleh kebanyakan orang. Perkara itu ialah GAGAL atau BInya FAIL. Jika saya bertanya kepada anda berapa ramai yang suka dengan perkataan ini, agaknya berapa ramai yang memberikan jawapan TIDAK SUKA? Saya pasti sembilan dari sepuluh akan beri jawapan TIDAK SUKA.

Dahulunya saya pun tidak suka dengan perkataan GAGAL kerana ia membawa makna tidak tercapainya sesuatu yang diidam-idamkan atau dicita-citakan. Kegagalan akan membawa kepada kekecewaan, rasa malu dan terhina. Jadi tidak hairanlah jika sebilangan besar kita akan berusaha bersungguh-sungguh mengelaknya. Seolah-olah GAGAL ini seekor harimau ganas.

Sebenarnya tidak ada tidak baiknya GAGAL ini. Dalam lain perkataan ada bagusnya pada ketika yang tertentu. Sebagai contoh dari sebuah kisah benar yang berlaku puluhan tahun dahulu mengenai kemalangan kapal terbang MAS jatuh terhempas di mana tidak ada seorang pun yang terselamat dalam kemalangan itu. Ceritanya ada seorang penumpang rakyat Jepun yang sepatutnya menaiki kapal terbang tersebut gagal untuk berlepas dengan kapal terbang tersebut. Beliau tertinggal gigi palsunya di hotel penginapannya. Dia kembali ke sana untuk mengambil gigi palsunya. Ini bermakna dia GAGAL untuk berlepas dengan penumpang lain untuk ke destinasi seterusnya. Pada fikirannya dia tidak bernasib baik pada hari itu. Sangkaannya meleset selepas dia mendapat berita kapal terbang yang sepatutnya dia berada di dalamnya mnegalami nahas jatuh terhempas. Apakah kegagalannya tidak baik atau bagus? Bagaimana jika hari itu dia berjaya bersama penumpang lain? Tentulah umurnya tidak panjang. Menemui kematian yang amat terajis sekali.

Jadi jangan kita anggap GAGAL itu sesuatu yang tidak baik. Sebutir bom yang gagal meletup ketika dibaling kepada kepada kita merupakan satu nasib baik. Seorang perompak gagal merompak bank mungkin tidak bagus bainya tetapi bagus dan baik sekali bagi pihak bank. Jadi jangan takut kepada GAGAL.

Kenapa GAGAL? Di sini kita bercakap kegagalan mencapai hajat baik. Jika hajat tidak baik jika tidak berjaya pun tidak mengapa. Gagal tidak melakukan perbuatan jahat adalah satu kejayaan atau kemenangan buat diri kita.

F - FEAR (Takut)

Takut apa? Takut gagal. Takut dimalukan. Takut rugi......
Jika saya mengajak anda menyertai bisnes MLM tentu ada antara anda yang enggan mneyertainya kerana bimbang dan takut anda akan gagal dalam mengusahakannya. Anda takut malu bila tidak berjaya. Anda takut rugi wang dan masa jika gagal melakukannya dengan baik dan bagi mendatangkan hasil yang lumayan. Ketakutan ini adalah perkara biasa. Memang anda patut takut. Jangan berani membabi buta pula. Buat kajian sedalam-dalamnya sebelum menyertai sesuatu perniagaan apatah lagi perniagaan yang menjanjikan untung lumayan dengan modal yang rendah. Jika modal besar pun anda mesti bijak menilai peluang. Perniagaan MLM adalah perniagaan kecil, bermodal kecil untuk orang kecil yang ingin berjinak-jinak dengan keusahawanan tanpa perlu menempuh risiko yang besar. Tetapi ingat MLM adalah satu perniagaan berskala besar. Berbilion ringgit diraih dalam bisnes ini setiap tahun. Ada yang menjadi jutawan melalui MLM. Jangan pandang rendah dengan MLM.

A - APATHY (Tidak berminat/tidak bersemangat/tidak apa)

Kenapa ramai orang tak berminat dengan MLM? Orang Melayu amat kurang menyertai bidang ini. Kaum Cina dan India dan bangsa lain banyak menyertainya kerana mereka tahu ini lubuk emas untuk buat duit. Orang Melayu bukan tak tahu tetapi mereka enggan menyertainya kerana ia memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya. Orang Melayu tidak tahan diuji dengan masalah dan kerumitan. Mereka lebih senang makan gaji walau pun gaji itu kecil asalkan terjamin. Mereka bermimpi untuk memiliki apa orang lain miliki dengan pendapatan yang tidak seberapa dan tidak pernah mencukupi. Kalau lah kita orang Melayu berani, bidang ini akan hasilkan pendapatan yang lumayan. Syaratnya mahu belajar dan berusaha segigih orang lain. Tanamkan minat untuk berdikari. Berniaga adalah satu bidang yang dituntut Islam. 9/10 rezeki itu berada dalam perniagaan. Tetapi untuk berjaya kita perlu bekerja 9 kali lebih kuat dari orang makan gaji. Bila kita sudah berjaya kita boleh jadi tidak perlu bekerja langsung. Kalau bekerja pun sekadar suka-suka saja. Tidak seperti orang makan gaji terpaksa bekerja sampai mati. Tiada kerja, tiada gaji!

I-INDECISION (Keraguan)

Kenapa ragu? Kerana kita tidak mengenalinya. Kita tidak yakin MLM boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Kita tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Untuk membuang sikap ragu-ragu ini kita kenalah mendampingi orang-orang yang berjaya dalam bidang bisnes MLM ini. Jika kita bergaul dengan mereka, kita akan tahu rahsia kejayaan mereka. Mereka rela membantu kita untuk mengecapi keuntungan dalam MLM. Jangan bertanya dengan orang tidak menjalankan bisnes MLM atau gagal dalam MLM. Mereka akan pengaruhi kita dengan sikap negatif mereka. Mereka tidak mahu kita berjaya. Mereka malu jika kita berjaya. Jauhi mereka tapi jangan pula tidak mahu berjumpa dengan mereka. Mungkin mereka akan sertai anda jika mereka melihat anda juga boleh buat. Walau pun anda tidak punya kelulusan tinggi. Sama seperti mereka juga. Tetapi disebabkan cara berfikir dan bertindak tidak sama, nasib anda menjadi lebih baik daripada mereka.

L- LAZINESS (Kemalasan)

Kata Loh Boon Siew jutawan motosikal Honda, penyakit MALAS ini tiada ubatnya. Penyakit lain ada ubatnya tetapi jika malas tiada doktor yang mampu mengubatnya. Sebenarnya malas ada ubatnya. Ubatnya ialah rajin. Rajin berusaha tangga jaya. Tuhan pun tidak mampu menolong kita jika kita malas mencari rezeki. Bumi ini dilimpahi dengan kekayaan yang tidak habis-habis tetapi hanya orang yang rajin saja mendapat faedahnya. Ada emas di bawahnya. Cuma orang berani melombong akan memperolehinya. Ikan berjuta tan banyaknya di lautan sana tapi hanya orang yang berani memukat saja mendapatnya. Jika kita mahu sesuatu kita buangkan sikap malas jauh-jauh. Jika kita kaya raya kita boleh bantu orang yang memerlukan. Berapa ramai yang meminta-minta bantuan daripada orang berada. Alangkah baiknya jika kita dapat bantu mereka. Tuhan akan beri kita pahala dan rezeki yang bertambah-tambah jika kita sanggup bersedekah dan melakukan amal jariah. Tidak kah ini memberi kita dorongan untuk menjadi orang berharta dan kaya raya. Menjadi kaya sepatutnya menjadi matlamat kita. Kaya beriman bukan kaya yang sebaliknya. Tidak guna kaya jika enggan bantu orang dalam kesusahan. Buat apa wang yang banyak kalau hanya untuk diri kita saja. Kita boleh bawa kekayaan kita bersama bila kita mati jika kita buat banyak kebajikan semasa di dunia dengan kekayaan kita itu. Kekayaan pahala Allah itulah yang kita harapkan dari semua usaha kita lakukan. Biarlah kekayaan itu berkat sampai akhir hayat kita. Usah lah bermalas-malasan lagi. Hidup kita hanya sementara saja. Sementara ada peluang berusahalah menjadi orang kaya. Tunggu apa lagi? Hubungi saya!

Wednesday, February 8, 2012

JOM BERJIMAT

Ramai orang yang sangka apabila kita join syarikat MLM kerana nak kaya jadi cara mudah. Ini tanggapan yang salah. Jika tidak berlaku penjualan, tidak ada orang boleh jadi senang melalui bisnes MLM ni. Jangan buang duit anda dengan skim pelaburan yang janji anda boleh dapat duit dengan goyang kaki saja. Tunggu kat rumah duit masuk ribu-ribu sebulan. Kita akui ada bisnes yang tak perlu anda bersusah payah menjual barang tapi masih boleh raih pendapatan yang agak lumayan. Bisnes ini wujud tapi syarikat ini bukan syarikat MLM. Kita kena keluar modal ribuan ringgit dahulu. Tapi berapa ramai yang mampu keluar duit ribu-ribu untuk pendapatan yang belum pasti. Risiko tinggi. Nasib baik untung. Nasib tak baik rugi besar. Kalau dah kaya tak apa lah. Tak tahu mana nak buang duit. Tapi orang kaya sekali pun dia tak mahu rugi. Satu sen pun dia berkira. Inikan nak rugi ribu-ribu, Minta maaf lah.

Tujuan saya join syarikat MLM Giffarine kerana nak berjimat. Nak buat duit masuk bab ke dua. Kalau saya berjaya ajak orang berjimat maknanya saya dah membantu orang itu menambah pendapatannya. Bagaimana saya menolong dia? Apabila anda join syarikat MLM yang ada mengedar barang kegunaan harian seperti syampoo, sabun mandi, alat solek, minuman kesihatan dan lain-lain lagi, anda dapat membelinya dengan harga diskaun/potongan. Katakan lah sebotol syampoo berharga RM10.00 dijual kepada bukan ahli tetapi ahli dapat membelinya pada harga RM7.5o sen, bukankah telah berlaku penjimatan sebanyak RM2.50 sen? Itu baru satu barang. Macam mana kalau pembelanjaan itu RM100.00 sebulan untuk membeli benda-benda yang saya sebutkan tadi? Setiap bulan anda jimat RM25.00....ini boleh anda simpan dalam bank atau beli petrol untuk kenderaan anda. Macam mana pula kalau anda berjaya menjual barang tadi kepada kawan-kawan di sekeliling anda? Kalau satu botol anda untung RM2.50, kalau 10 botol sudah RM25.00 masuk poket anda. Bukankah ini cara terbaik untuk tambah pendapatan?

Sebenarnya apabila join syarikat MLM yang berwibawa anda untung bukan rugi. Anda dapat membantu ramai orang berjimat di samping buat duit tambahan. Jika WORK HARD DAN WORK SMART anda boleh raih pendapatan ribuan ringgit sebulan. Gaji dari kerja susah payah anda boleh simpan. Belanja guna duit bonus dan keuntungan pemberian syarikat MLM saja. Ini bukan cakap kosong. Jika anda berusia 18 tahun ke atas, hubungilah mana-mana upline atau ahli syarikat Giffarine. Anda boleh jadi usahawan berjaya tak sampai 5 tahun. Dan miliki pendapatan bulanan melebihi orang yang keluar universiti yang berkhidmat selama lima tahun. Tetapi kena rajinlah. Inilah cantiknya bisnes MLM. Anda rajin anda untung. Tak payah nak tunggu bonus hujung tahun yang tak seberapa banyaknya. Anda tentukan banyak mana anda nak. Kemudian usaha....usaha...usaha...

Bila kita berjimat sebenarnya kita orang Islam mengikut ajaran al-Quran. Allah beritahu kita dalam kitab sucinya bahawa orang yang suka membazir itu saudara kepada syaitan laknatullah. Kita berjimat apabila kita beli benda berkualiti tinggi dengan harga yang murah. Kalau anda nak tahu barang yang anda beli di supermarket atau kedai biasa, anda bayar 100% untuknya? Tidak ada potongan harga walau banyak mana sekali pun anda beli kecuali hari supermarket buat jualan murah. Itu pun mereka buat sebab nak buang stok lama. Tapi apabila jadi ahli syarikat MLM seperti Giffarine, anda dapat diskaun atau potongan harga har-hari. Bukan berjimatkah itu namanya? Jika anda berminat nak join ahli Giffarine emel saya. Kita sama-sama mendapat keuntungannya. Jangan fikir lama-lama....buat keputusan yang bijak. Sertai saya....

Tuesday, February 7, 2012

APA MATLAMAT HIDUP KITA?

Siapa yang tiada matlamat? Rasanya hampir semua dari kita punya matlamat tertentu semasa menjalani kehidupan di atas muka bumi milik Allah ini. Burung yang keluar pagi pun ada matlamat. Nak cari makan untuk diri sendiri dan anak-anaknya (kalau dia ada anaklah).

Bercakap tentang matlamat ni kekadang tu rasa malu pun ada. Bila ditanya : Apa yang kita mahu dalam hidup ini? Agak susah nak memberi satu jawapan yang tepat. Masih kabur. Ada yang berkata matlamat hidup dia untuk masuk syurga Allah. Bagus lah tu. Tak ada orang yang nak masuk neraka kan. Tapi nak masuk syurga Allah ni kenalah banyak melakukan kebaikan. Banyak solat, puasa, bersedekah, menolong orang yang perlukan bantuan dan lain-lain lagi lah yang boleh membantu kita mengumpul pahala. Bila pahala banyak peluang nak masuk syurga pun luas lah sikit. Tapi awas pahala yang banyak boleh hilang sebab ada dosa yang kita buat dengan orang. Kalau dia tuntut, pahala kita boleh berkurangan.

Apa matlamat hidup saudara? Cubalah duduk diam-diam dan renungkan jawapannya. Soalan ini amat susah saya nak jawab bila saya bertanya diri sendiri. Paling mudah kita buat satu andaian. Jika hidup kita ni ada 24 jam saja lagi agaknya apa yang kita nak buat? Jika yang tak rajin solat akan rajin bersolat. Yang ada buat dosa akan segera bertaubat. Yang bersalah dengan manusia akan segera minta ampun. Betul kan?

Tapi malangnya kita tak tahu bila masa dalam hidup kita nak habis. Yang muda anggap usianya panjang lagi. Yang tua minta-minta umurnya panjang sikit lagi. Jadi kita pun rasa berat hati nak buat apa yang sepatutnya kita buat untuk akhirat. Kita sering bertangguh. Apa kata kalau matlamat hidup kita berhenti dari bertangguh? Boleh tak?

Banyak orang banyaklah matlamat hidup. Yang penting matlamat hidup kita menjadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Jangan jadi manusia yang suka buat onar. Suka buat kacau. Jadilah manusia yang berguna dalam erti kata yang sebenarnya. Albert Einstein ada berkata : Do not be a man of success but be a man of value. Manusia yang berjaya tak semestinya berguna. Tapi manusia yang berguna adalah manusia yang berjaya. Ada orang kata, orang kaya tu orang yang berjaya. Ye lah...duit banyak, rumah besar, ada kereta besar, selalu makan angin ke luar negara tapi berjayakah dia sebagai manusia jika semuanya di dapati dengan jalan yang salah. Rasuah sana sini. Rompak sana sini. Jual dadah. Bela pelacur......macam-macam lagi lah. Dia mungkin berjaya tapi tak berguna. Hidupnya mewah atas penderitaan orang lain. Manusia macam ni hanya berguna kepada polis dan penjara saja.

Berbagai cara kita boleh usahakan untuk menjadi manusia yang banyak manfaatnya kepada orang lain. Jadikan itu matlamat hidup kita. Menjadi manusia yang paling berguna kepada Agama, bangsa dan negara. Itulah manusia yang benar-benar berjaya dalam hidupnya.

Monday, February 6, 2012

PHOBIA MLM?

Ramai orang Melayu bila dengar saja MLM terus mencebek atau geleng kepala. Saya pun dulu sama juga. Banyak kali jadi member perniagaan berbentuk MLM semuanya hangat-hangat tahi ayam saja. Bukan apa sebab banyak penaja yang tekan kita suruh cari orang lain untuk join syarikat itu. Bukan dia orang nak cari ramai pengguna atau pembeli tapi nak cari DOWNLINES. Ini yang buat ramai orang menolak perniagaan berbentuk MLM ni. Bukan kerana perniagaan cara MLM ni tak bagus. Ramai jadi jutawan hasil dari penglibatan dalam MLM. Ramai juga yang tak menjadi. Yang tak menjadi bukan salah syarikat MLM tu sangat. Kekadang ia lebih kepada kelemahan orang yang menjadi ahli. Baru join sehari dua dah nak dapat beribu-ribu sebulan. Kalau tak dapat, saleskit jadi berabuk lah.

Saya join GIFFARINE kerana syarikat ini ada mengedar JUS DELIMA. Jus yang saya percaya dan yakin boleh menyumbang kepada kesihatan kewangan dan badan kita. Syarikat ada keluarkan pelbagai barang pengguna yang bermutu tinggi dan dijual dalam harga mampu beli. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Cakap saja apa yang kita perlu, insyaALLAH ada dalam katalog jualan GIFFARINE. Jangan cari barangan eletrik, kenderaan sudah lah......GIFFARINE tak ada jual. Tapi jika anda jadi ahli dan aktif mengedar dan mengajak kawan-kawan join syarikat ini mungkin anda boleh beli apa saja yang anda idamkan satu masa nanti.

Kepada anda yang banyak masa terluang, eloklah join syarikat ini. Bukan apa kalau asyik lepak depan television dan kedai kopi berjam-jam pun bukan menguntungkan. Lain lah kalau anda mempromosi barang keluaran GIFFARINE semasa berbual-bual tu. Itu memang aktiviti yang menguntungkan.

MLM adalah satu perniagaan berskala besar tapi bermodal amat kecil. Bayangkan untuk jadi ahli GIFFARINE pelaburan permulaan hanyalah RM35.00 sahaja. Bila jadi ahli anda akan dapat membeli produk pada harga diskaun sekitar 25%.....pada asasnya. Bayangkan jika satu barang pada harga runcit bernilai RM100.00 tetapi harga ahli cuma RM75.00 bukankah ini satu penjumatan kepada anda? Adakah anda sanggup buang RM25 begitu saja? Berapa kali dalam umur anda, anda biasa terjumpa wang RM25 di tepi jalan? Berapa ramai kawan anda yang menghulurkan wang RM25 setiap kali anda berjumpa mereka? Tak ada kan.

Selain berjimat anda akan dapat keuntungan jika ada kawan-kawan anda membeli barangan keluaran syarikat dari anda. Tak ada kedai yang dapat beri diskaun pembelian setiap hari kepada kita. Tetapi dengan menjadi ahli GIFFARINE anda dapat diskaun hari-hari!

Jadi buat apa buang masa....daftar jadi ahli sekarang dan nikmati faedahnya! Sihat badan dan sihat poket juga. Takkan nak tolak peluang keemasan ini. Fikir...fikir....buat keputusan...jadi ahli dengan segera. Lagi lama kita bertangguh, lagi jauh lah peluang kita untuk menjadi manusia yang beruntung.

Selamat berusaha dan berjaya bersama-sama GIFFARINE,


Sunday, February 5, 2012

PELUANG BISNES

Bercakap tentang perniagaan, saya ingin berkongsi dengan sesiapa saja yang berminat mencari sumber ke dua untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Anda mungkin telah ada pekerjaan utama yang menjadi sumber utama kewangan anda. Pendapatan dari satu sumber saja kekadang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Bila kesempitan wang akan timbul satu tekanan atau stress kata orang sekarang. Bila stress orang akan menjadi cepat marah. Jika diamalkan ia akan menjadi satu tabiaat buruk yang menimbulkan akibat buruk pula kepada kesihatan fizikal dan mental kita.

Bayangkan jika kita sentiasa memiliki lebihan wang di tangan setiap bulan. Tentu masalah stress tidak akan timbul. Kita akan sejahtera tubuh, minda dan rohani. Kehidupan kita menjadi lebih ceria. Kecerian kita akan membawa kepada kecerian famili kita. Inilah anugerah yang paling berharga kepada kita. Sebuah keluarga yang bahagia.

Kekurangan wang menjadi punca kepada pelbagai masalah hidup. Ada keluarga bercerai berai kerana masalah kewangan. Ada manusia menjadi penyamun, peragut dan perompak kerana wang. Mereka ini memilih jalan mudah dan singkat untuk memiliki wang tanpa mahu berpenat lelah mencari rezeki secara halal.

Berniaga adalah jalan mudah untuk mencari sumber kewangan tambahan. Perniagaan tidak semestinya bermodal besar. Kita bukan mengajak anda membuka sebuah stesen minyak atau membeli franchise makanan segera yang memerlukan modal beratus ribu ringgit. Perniagaan yang saya syorkan ialah perniagaan yang memerlukan modal permulaan yang tidak sampai RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus sahaja). Dengan modal sebesar ini rasanya ramai yang mampu.

Perniagaan yang saya maksudkan ialah mengedar Jus Delima keluaran syarikat Giffarine. Inilah perniagaan yang paling menguntungkan kerana ia melibatkan kesihatan. Kesihatan adalah perniagaan besar hari ini. Hospital dibina oleh pihak kerajaan dan swasta dengan tujuan memulihkan kesihatan. Masalahnya apabila kita dimasukkan ke hospital kita perlu membayar harga yang mahal. Kos pembedahan jantung sebagai contoh memerlukan satu jumlah wang yang besar. Mungkin boleh menghabiskan wang simpanan anda! Jika anda memiliki insuran kesihatan pun belum pasti boleh membiayainya keseluruhan kosnya. Jadi sebelum kita sakit eloklah kita ambil satu tindakan proaktif dengan menjaga kesihatan kita.

Jus Delima adalah minuman terbaik kepada mereka yang berminat kepada PENCEGAHAN DARI RAWATAN. Khasiat buah delima tidak perlu dipertikaikan lagi. Google saja KHASIAT DELIMA anda akan dapat membaca ribuan artikel mengenai buah delima. Tidak perlu rasanya saya ceritakan dengan panjang lebar di sini kerana anda yang membaca blog saya tentu memiliki capaian internet.

Jika anda berminat untuk menjadi usahawan kecil boleh emel saya : anamaskda7656@gmail.com untuk kita berkongsi peluang. Mana tahu anda akan menjadi usahawan besar dengan bermula sebagai usahawan kecil yang bermodalkan tidak sampai RM100.00. Ingat : KESIHATAN ADALAH PERNIAGAAN BESAR. Jangan pandang remeh dengan isu kesihatan. Ramai yang terlantar di rumah-rumah sakit yang ingin kesihatannya dikembalikan walau pun terpaksa menghabiskan seluruh simpanan mereka. Siapa yang kaya? Para doktor dan pihak hospital swasta saja. Kita papa kedana kerana keengganan kita berbelanja untuk membeli sebotol Jus Delima berharga RM71.30 (harga bukan ahli).....Ahli dapat nikmati harga istimewa. Tunggu apa lagi? Emel saya segera.

Sumur Wang

Alangkah seronoknya jika kita memiliki SUMUR WANG sepertimana kita memiliki sebuah telaga yang tidak pernah kering airnya walau pun kemarau panjang. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kita punya punca pendapatan yang tidak pernah berkurangan malahan bertambah-tambah pula.

SUMUR WANG sebenarnya wujud dalam bentuk usaha niaga yang kebanyakan dari kita kaum Melayu tidak gemar menceburinya disebabkan beberapa alasan yang sering kita ketengahkan dalam hidup kita. Ramai yang tidak sanggup berpenat lelah berbelas jam lamanya mengusahakan perniagaan sendiri. Kita lebih suka memilih karier makan gaji walau pun pendapatannya tidak seberapa. Sekadar cukup makan saja. Bulan belum habis gaji sudah habis. Nasib begini diulang-ulang sehingga berbelas tahun lamanya. Di akhir usia produktif kita diberikan pencen yang juga tidak seberapa. Sekadar cukup makan juga.

Kita mengeluh kerana terpaksa bekerja semula untuk menampung kekurangan wang perbelanjaan yang makin meningkat. Hendak diharapkan kepada anak-anak mereka juga seperti kita di waktu muda. Sering saja keputusan wang. Nampak saja gaji ribu-ribu. Tolak sana, tolak sini sama saja. Cukup sekadar untuk hidup-hidup saja.

Nah bagaimana kalau datang seorang teman yang mengajak kita melakukan bisnes kecil dengan modal kecil? Saya pasti ramai yang menolaknya. Kenapa? Kita tidak punya masa. Sudah penat bekerja 8 jam sehari. Mahu bersenang-senang la pula. Malam kita guna untuk berlepak-lepak di hadapan tv melihat drama yang tidak mendatangkan wang kepada kita. Kita menonton lakunan orang yang dibayar ribuan ringgit untuk satu episod. Tapi kita satu sen pun tidak masuk. Begitulah kita saban hari. Hari bertukar jadi bulan. Bulan bertukar jadi tahun. Kita masih di takuk lama juga. Sampai bila? Tepuk kepala tanyalah minda.