Apa itu 3M?
M - Malu
Apabila kita diajak untuk mengusahakan bisnes MLM pertama alasannya ialah kita MALU nak join syarikat MLM. Kononnya MLM ni syarikat untuk orang yang kurang berjaya dalam hidupnya. Orang yang berjaya tak akan sertai perniagaan MLM ni. Ada yang berkata dengan nada sinis MLM bermakna MENIAGA LARUT MALAM. Bila join syarikat MLM kita nampaknya perlu berusaha sampai larut malam. Berkejar ke sana dan sini untuk mempromosikan barangan edaran syarikat MLM yang kita sertai. Di samping itu bertemu mereka yang menghubungi kita untuk menjadi ahli. Ada yang nak memulangkan produk di atas alasan mereka saja yang tahu.
Perniagaan MLM memerlukan kita beri servis terbaik untuk pelanggan dan mereka yang berminat nak jadi ahli. Kekadang kita rasa macam tak cukup masa untuk bekerja. Apatah lagi bagi mereka yang punya kerja tetap di siang harinya. Aktiviti-aktiviti ini banyak menghalang orang berperasaan malu untuk melakukannya. Bukan semua orang yang kita temui bersetuju dengan penerangan kita. Ada yang menolaknya. Jika kita punya perasaan malu yang menebal bagaimana mungkin kita bertemu mereka. Kita malu jika kita gagal. Sebenarnya, dalam MLM kita hanya berkongsi produk dan peluang. Apa yang nak dimalukan jika berlaku penolakan? Mereka menolak peluang dan produk. Mereka lah yang rugi bukan kita. Merekalah yang patut malu kerana tiada keberanian berdikari dan memiliki pendapatan lumayan. Mereka lah yang patut malu kerana sentiasa ketidakcukupan wang saban bulan.
M - Malas
Ini penyakit yang tiada ubatnya kata mendiang Loh Boon Siew. Tahu dan kenal siapa itu Loh Boon Siew?Dia lah orang yang bertangunggjawab membawa masuk motor HONDA ke Malaysia. Boon Siew bukanlah seorang yang pandai menulis dan membaca. Dia datang dari tanah besar China. Dia datang ke Malaysia sehelai sepinggang saja bersama bapanya. Dia sangat RAJIN. Dengan usaha yang tidak erti perkataan MALAS akhirnya dia menjadi salah seorang jutawan di Malaysia. Bayangkan lah bagaimana kuat dan gigihnya dia berusaha. Apakah kita tidak mahu menurut contoh kehidupannya? Adakah masih kita mahu menyalahkan nasib kerana kita miskin dan papa kedana di tanah tumpah darah kita sendiri sedangkan orang luar memungut emas di negara kita sendiri?
M - Main-main
Kita suka main-main. Kita jarang bersikap serius atau sungguh-sungguh apabila mengusahakan sesuatu perniagaan. Tidak kiralah perniagaan apa pun. Kenapa? Bila kita main-main bermakna kita tidak punya matlamat yang ingin kita capai atau jadikan kenyataan. Kita tidak kisah sama ada keinginan kita itu tercapai atau tidak. Kalau tercapai nasiblah. Tak tercapai pun nasiblah! Tidak ada orang berjaya dalam hidupnya jika sikap main-main bersarang dalam hatinya. Tanyalah kepada mana-mana juara dalam bidang sukan atau perniagaan, pelajaran atau apa saja pencapaian cemerlang. Sikap main-main tidak ada dalam kamus mereka. Mereka bermain bila masa bermain. Mereka bekerja apabila masa bekerja. Mereka berehat apabila tiba waktu rehat. Usah main-main. Kita hidup tidak lama di dunia ini. Jika main-main kita juga yang rugi nanti.
M- MISKIN....akibat dari 3M tadi...miskin harta dan miskin jiwa.
No comments:
Post a Comment