Hari ini satu berita dalam akhbar Sinar Harian menceritakan kegelisahan 400 pekerja sebuah kilang besi di Gurun Kedah akan diberhentikan oleh majikan mereka atas sebab-sebab ekonomi. Bila berlaku masalah dalam sesuatu perniagaan yang akan menjadi mangsa pertama dibuang kerja adalah para pekerja bawahan. Pekerja atasan akan terselamat dari tindakan majikan. Jika pun pekerja atasan diberhentikan mereka mudah mencari pkerjaan lain. Ini tidak berlaku kepada pekerja biasa yang mungkin akan menganggur dalam jangka masa yang panjang kerana tidak punya kemahiran yang tinggi.
Bayangkan semasa ekonomi baik para pekerja di situ akan merasa selesa dengan tugas harian mereka. Mereka yakin mereka akan terus bekerja di situ sehingga umur persaraan mereka. Mereka yakin pekerjaan mereka terjamin. Bayangkan pada masa itu ada seorang rakan mereka syorkan untuk memulakan perniagaan MLM secara part-time untuk menambah pendapatan bulanan mereka. Apa agaknya reaksi mereka? Pasti 99% daripada mereka akan menolak pelawaan itu kerana mereka yakin gaji bulanan mereka akan terus mengalir ke bank simpanan mereka tanpa henti. Mereka yakin kilang di mana mereka bekerja tidak mungkin akan mengalami masalah kewangan kerana kekukuhan bisnes pemilik bisnes itu.
Ramai pekerja tidak sedar tidak ada jaminan dalam pekerjaan mereka biar pun mereka bekerja dengan pihak kerajaan. Jika berlaku salah laku mereka boleh dibuang kerja bila-bila masa saja. Ini amat berbeza jika kita ada bisnes sendiri. Tidak orang yang boleh buang kita sesuka hati mereka. Pekerjaan kita terjamin. Biar pun pendapatannya tidak seberapa tetapi jika kita berusaha kita akan berjaya menjadi orang yang kaya raya. Pemungut bahan terbuang sekali pun berpeluang menjadi usahawan jutawan kerana bekerja sendiri. Jangan kita pandang lekeh kepada mereka yang bergelumang dengan benda kotor setiap hari.
Memang benar kata Nabi kita Muhammad SAW. Sembilan daripada sepuluh rezeki itu berada dalam bidang perniagaan. Malangnya orang Melayu Islam tidak mahu menghayati hadis Nabi kita ini. Kita lebih suka makan gaji kerana kita tidak perlu mengguna otak dengan semaksimum mungkin. Kita tidak kisah walaupun diberikan gaji sekadar cukup makan saja asalkan kita dapat habuan di setiap hujung bulan. Bila kita diberhentikan, kita mula gabra dan resah gelisah memikirkan bagaimana mahu mencari pekerjaan baru sedangkan umur kita sudah tua. Kita tidak punya apa-apa kemahiran. Sekolah pun setakat PMR saja. Siapa yang mahu memberikan kita pekerjaan sedangkan yang ada pun mereka mahu buang.
Masa ini kita akan menyalahkan sesiapa saja kecuali diri kita sendiri. Kita akan menuduh pembayar gaji/majikan sebagai zalim. Tidak memikirkan masa depan kita para pekerja. Yang zalim adalah pekerja sendiri kerana enggan melakukan sesuatu pekerjaan sendiri di masa ekonomi baik. Pekerja rasa selesa. Bila dikejutkan dengan pemberhentian kerja baru hendak terngadah dan menyesal kerana enggan melibatkan diri dalam bisnes MLM atau saja pekerjaan sendiri.
Sepatutnya kita sentiasa kena bersedia. Jika kita punya usaha sendiri kita tidak kisah sama ada diberhentikan kerja atau kita berhenti kerja kerana pekerjaan sampingan kita memberi pulangan lebih berganda daripada kita dapat dari majikan kita. Inilah baru kata jaminan kerana kita tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk menyara kehidupan kita. Selagi kita sihat dan kuat kita berusaha bersungguh-sungguh sehingga simpanan beratus ribu dalam simpanan kita. Walau bagaimana pun janganlah bekerja sehingga melupakan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Beri sedekah. Bantu orang susah. Bantu anak-anak yatim dan piatu agar rezeki kita mendapati berkat dari pemberiNya. Insya ALLAH akan beri kita kebahagian yang kita cari di samping kekayaan harta yang dipinjamkan ALLAH kepada kita. INGAT bukan semua harta kita milik kita. Ada milik orang lain. Jangan lupa mengeluarkan zakat perniagaan untuk membersihkannya!
No comments:
Post a Comment