Hari ini sama ada kita suka atau tidak wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Apa saja yang kita lakukan perlu kepada wang. Hatta hendak membuang buang air pun kita kena bayar wang. Parking kereta pun perlu bayar. Jadi desakan mencari wang telah membuatkan kita tidak kecukupan masa untuk perkara lain. Orang yang berpendapatan bulanan puluhan juta ringgit pun masih mencari jalan untuk menambahkan pendapatannya. Bagaimana pula dengan kita? Sudah berpuas hati dan merasa selesakah dengan pendapatan kita setiap bulan itu? Pernahkan kita keputusan wang ketika kita memerlukannya?
Memiliki satu saja punca pendapatan hari ini adalah tidak mencukupi kerana tuntutan perbelanjaan sentiasa meningkat dari hari hari ke hari. Dulu kita ke pasar bawa RM50 macam-macam kita boleh beli tapi hari ini RM50 tak banyak benda yang kita boleh bawa balik ke rumah. Hari ini anak-anak perlu belanja sekolah yang tinggi. Belanja kantin, tambang bas, yuran tuisyen, yuran itu dan ini semuanya perlu disediakan. Bayangkan jika kita hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan saja. Ditolak itu dan ini, kita masih berhutang lagi. Yang ada kad kredit akan menggunakan kad kreditnya. Kita yang tidak ada bagaimana pula? Nak meminjam hutang tahun lalu pun belum habis dibayar!
Sebab itulah kita mengajak mereka yang ingin menambah pendapatan menjadi ahli MLM. Tidak kira syarikat MLM apa pun asalkan ia berdaftar dengan SSM dan sah dari segi undang-undang operasinya. Jauhkan diri dari syarikat Piramid yang bertopengkan MLM. Jangan aniaya diri anda. Kita ingin mencari wang secara halal dan diredhai Tuhan. Kita tidak mahu pendapatan tambahan walau pun lumayan tapi haram. Kita mahu hasil titik peluh yang diberkati.
Saya mengajak anda menyertai GIFFARINE kerana saya sukakan produk JUS DELIMA yang dipasarkannya. Bagi saya, jika saya sihat saya boleh cari wang. Jika saya sakit atau tidak sihat ia akan menjejaskan peluang saya untuk mencari wang tambahan. Saya utamakan kesihatan dari kewangan. Sihat membawa rasa bahagia. Sakit membawa rasa derita. Kita boleh bersabar jika kita tiada wang tapi jarang orang boleh bersabar jika dia sakit. Bibirnya sentiasa bermohon kepada Allah agar dipulihkan kesihatannya. Begitulah pentingnya kesihatan kepada kita semua. Wang berjuta sanggup dihabiskan asal kesihatan dikembalikan!
Jadi sebelum kita sakit eloklah kita jaga kesihatan kita dengan menjadikan JUS DELIMA sebagai minuman harian kita. Hanya 30mm dan 2 kali sehari saja sudah memadai untuk merasai kesannya. Anda tidak perlu percaya cakap saya. Cubalah sendiri baru tahu.
Hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda, "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak hartanya tetapi yang dikatakan kaya itu ialah kaya hatinya." Orang kaya yang baik hatinya sentiasa memikirkan kesusahan orang lain. Dia rela membantu sedayanya untuk meringan beban kesusahan mereka. Dia suka menjadi seorang yang dermawan. Harta yang disedekahkan itulah kekayaan dia yang sebenarnya. Harta yang disimpan dalam bank-bank akan menjadi milik orang sebaik saja dia meninggal. Jom jadi kaya supaya kita dapat mengumpul sebanyak mungkin harta di akhirat kelak. Kayakan hati kita dan kita akan kaya selamanya!
No comments:
Post a Comment