Monday, March 19, 2012

MAKAN GAJI vs KERJA SENDIRI

Hari ini satu berita dalam akhbar Sinar Harian menceritakan kegelisahan 400 pekerja sebuah kilang besi di Gurun Kedah akan diberhentikan oleh majikan mereka atas sebab-sebab ekonomi. Bila berlaku masalah dalam sesuatu perniagaan yang akan menjadi mangsa pertama dibuang kerja adalah para pekerja bawahan. Pekerja atasan akan terselamat dari tindakan majikan. Jika pun pekerja atasan diberhentikan mereka mudah mencari pkerjaan lain. Ini tidak berlaku kepada pekerja biasa yang mungkin akan menganggur dalam jangka masa yang panjang kerana tidak punya kemahiran yang tinggi.

Bayangkan semasa ekonomi baik para pekerja di situ akan merasa selesa dengan tugas harian mereka. Mereka yakin mereka akan terus bekerja di situ sehingga umur persaraan mereka. Mereka yakin pekerjaan mereka terjamin. Bayangkan pada masa itu ada seorang rakan mereka syorkan untuk memulakan perniagaan MLM secara part-time untuk menambah pendapatan bulanan mereka. Apa agaknya reaksi mereka? Pasti 99% daripada mereka akan menolak pelawaan itu kerana mereka yakin gaji bulanan mereka akan terus mengalir ke bank simpanan mereka tanpa henti. Mereka yakin kilang di mana mereka bekerja tidak mungkin akan mengalami masalah kewangan kerana kekukuhan bisnes pemilik bisnes itu.

Ramai pekerja tidak sedar tidak ada jaminan dalam pekerjaan mereka biar pun mereka bekerja dengan pihak kerajaan. Jika berlaku salah laku mereka boleh dibuang kerja bila-bila masa saja. Ini amat berbeza jika kita ada bisnes sendiri. Tidak orang yang boleh buang kita sesuka hati mereka. Pekerjaan kita terjamin. Biar pun pendapatannya tidak seberapa tetapi jika kita berusaha kita akan berjaya menjadi orang yang kaya raya. Pemungut bahan terbuang sekali pun berpeluang menjadi usahawan jutawan kerana bekerja sendiri. Jangan kita pandang lekeh kepada mereka yang bergelumang dengan benda kotor setiap hari.

Memang benar kata Nabi kita Muhammad SAW. Sembilan daripada sepuluh rezeki itu berada dalam bidang perniagaan. Malangnya orang Melayu Islam tidak mahu menghayati hadis Nabi kita ini. Kita lebih suka makan gaji kerana kita tidak perlu mengguna otak dengan semaksimum mungkin. Kita tidak kisah walaupun diberikan gaji sekadar cukup makan saja asalkan kita dapat habuan di setiap hujung bulan. Bila kita diberhentikan, kita mula gabra dan resah gelisah memikirkan bagaimana mahu mencari pekerjaan baru sedangkan umur kita sudah tua. Kita tidak punya apa-apa kemahiran. Sekolah pun setakat PMR saja. Siapa yang mahu memberikan kita pekerjaan sedangkan yang ada pun mereka mahu buang.

Masa ini kita akan menyalahkan sesiapa saja kecuali diri kita sendiri. Kita akan menuduh pembayar gaji/majikan sebagai zalim. Tidak memikirkan masa depan kita para pekerja. Yang zalim adalah pekerja sendiri kerana enggan melakukan sesuatu pekerjaan sendiri di masa ekonomi baik. Pekerja rasa selesa. Bila dikejutkan dengan pemberhentian kerja baru hendak terngadah dan menyesal kerana enggan melibatkan diri dalam bisnes MLM atau saja pekerjaan sendiri.

Sepatutnya kita sentiasa kena bersedia. Jika kita punya usaha sendiri kita tidak kisah sama ada diberhentikan kerja atau kita berhenti kerja kerana pekerjaan sampingan kita memberi pulangan lebih berganda daripada kita dapat dari majikan kita. Inilah baru kata jaminan kerana kita tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk menyara kehidupan kita. Selagi kita sihat dan kuat kita berusaha bersungguh-sungguh sehingga simpanan beratus ribu dalam simpanan kita. Walau bagaimana pun janganlah bekerja sehingga melupakan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Beri sedekah. Bantu orang susah. Bantu anak-anak yatim dan piatu agar rezeki kita mendapati berkat dari pemberiNya. Insya ALLAH akan beri kita kebahagian yang kita cari di samping kekayaan harta yang dipinjamkan ALLAH kepada kita. INGAT bukan semua harta kita milik kita. Ada milik orang lain. Jangan lupa mengeluarkan zakat perniagaan untuk membersihkannya!

Monday, March 5, 2012

3M - PENGHALANG KEJAYAAN

Apa itu 3M?

M - Malu
Apabila kita diajak untuk mengusahakan bisnes MLM pertama alasannya ialah kita MALU nak join syarikat MLM. Kononnya MLM ni syarikat untuk orang yang kurang berjaya dalam hidupnya. Orang yang berjaya tak akan sertai perniagaan MLM ni. Ada yang berkata dengan nada sinis MLM bermakna MENIAGA LARUT MALAM. Bila join syarikat MLM kita nampaknya perlu berusaha sampai larut malam. Berkejar ke sana dan sini untuk mempromosikan barangan edaran syarikat MLM yang kita sertai. Di samping itu bertemu mereka yang menghubungi kita untuk menjadi ahli. Ada yang nak memulangkan produk di atas alasan mereka saja yang tahu.

Perniagaan MLM memerlukan kita beri servis terbaik untuk pelanggan dan mereka yang berminat nak jadi ahli. Kekadang kita rasa macam tak cukup masa untuk bekerja. Apatah lagi bagi mereka yang punya kerja tetap di siang harinya. Aktiviti-aktiviti ini banyak menghalang orang berperasaan malu untuk melakukannya. Bukan semua orang yang kita temui bersetuju dengan penerangan kita. Ada yang menolaknya. Jika kita punya perasaan malu yang menebal bagaimana mungkin kita bertemu mereka. Kita malu jika kita gagal. Sebenarnya, dalam MLM kita hanya berkongsi produk dan peluang. Apa yang nak dimalukan jika berlaku penolakan? Mereka menolak peluang dan produk. Mereka lah yang rugi bukan kita. Merekalah yang patut malu kerana tiada keberanian berdikari dan memiliki pendapatan lumayan. Mereka lah yang patut malu kerana sentiasa ketidakcukupan wang saban bulan.

M - Malas
Ini penyakit yang tiada ubatnya kata mendiang Loh Boon Siew. Tahu dan kenal siapa itu Loh Boon Siew?Dia lah orang yang bertangunggjawab membawa masuk motor HONDA ke Malaysia. Boon Siew bukanlah seorang yang pandai menulis dan membaca. Dia datang dari tanah besar China. Dia datang ke Malaysia sehelai sepinggang saja bersama bapanya. Dia sangat RAJIN. Dengan usaha yang tidak erti perkataan MALAS akhirnya dia menjadi salah seorang jutawan di Malaysia. Bayangkan lah bagaimana kuat dan gigihnya dia berusaha. Apakah kita tidak mahu menurut contoh kehidupannya? Adakah masih kita mahu menyalahkan nasib kerana kita miskin dan papa kedana di tanah tumpah darah kita sendiri sedangkan orang luar memungut emas di negara kita sendiri?

M - Main-main
Kita suka main-main. Kita jarang bersikap serius atau sungguh-sungguh apabila mengusahakan sesuatu perniagaan. Tidak kiralah perniagaan apa pun. Kenapa? Bila kita main-main bermakna kita tidak punya matlamat yang ingin kita capai atau jadikan kenyataan. Kita tidak kisah sama ada keinginan kita itu tercapai atau tidak. Kalau tercapai nasiblah. Tak tercapai pun nasiblah! Tidak ada orang berjaya dalam hidupnya jika sikap main-main bersarang dalam hatinya. Tanyalah kepada mana-mana juara dalam bidang sukan atau perniagaan, pelajaran atau apa saja pencapaian cemerlang. Sikap main-main tidak ada dalam kamus mereka. Mereka bermain bila masa bermain. Mereka bekerja apabila masa bekerja. Mereka berehat apabila tiba waktu rehat. Usah main-main. Kita hidup tidak lama di dunia ini. Jika main-main kita juga yang rugi nanti.

M- MISKIN....akibat dari 3M tadi...miskin harta dan miskin jiwa. 

Saturday, March 3, 2012

JOM JADI KAYA

Hari ini sama ada kita suka atau tidak wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Apa saja yang kita lakukan perlu kepada wang. Hatta hendak membuang buang air pun kita kena bayar wang. Parking kereta pun perlu bayar. Jadi desakan mencari wang telah membuatkan kita tidak kecukupan masa untuk perkara lain. Orang yang berpendapatan bulanan puluhan juta ringgit pun masih mencari jalan untuk menambahkan pendapatannya. Bagaimana pula dengan kita? Sudah berpuas hati dan merasa selesakah dengan pendapatan kita setiap bulan itu? Pernahkan kita keputusan wang ketika kita memerlukannya?

Memiliki satu saja punca pendapatan hari ini adalah tidak mencukupi kerana tuntutan perbelanjaan sentiasa meningkat dari hari hari ke hari. Dulu kita ke pasar bawa RM50 macam-macam kita boleh beli tapi hari ini RM50 tak banyak benda yang kita boleh bawa balik ke rumah. Hari ini anak-anak perlu belanja sekolah yang tinggi. Belanja kantin, tambang bas, yuran tuisyen, yuran itu dan ini semuanya perlu disediakan. Bayangkan jika kita hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan saja. Ditolak itu dan ini, kita masih berhutang lagi. Yang ada kad kredit akan menggunakan kad kreditnya. Kita yang tidak ada bagaimana pula? Nak meminjam hutang tahun lalu pun belum habis dibayar!

Sebab itulah kita mengajak mereka yang ingin menambah pendapatan menjadi ahli MLM. Tidak kira syarikat MLM apa pun asalkan ia berdaftar dengan SSM dan sah dari segi undang-undang operasinya. Jauhkan diri dari syarikat Piramid yang bertopengkan MLM. Jangan aniaya diri anda. Kita ingin mencari wang secara halal dan diredhai Tuhan. Kita tidak mahu pendapatan tambahan walau pun lumayan tapi haram. Kita mahu hasil titik peluh yang diberkati.

Saya mengajak anda menyertai GIFFARINE kerana saya sukakan produk JUS DELIMA yang dipasarkannya. Bagi saya, jika saya sihat saya boleh cari wang. Jika saya sakit atau tidak sihat ia akan menjejaskan peluang saya untuk mencari wang tambahan. Saya utamakan kesihatan dari kewangan. Sihat membawa rasa bahagia. Sakit membawa rasa derita. Kita boleh bersabar jika kita tiada wang tapi jarang orang boleh bersabar jika dia sakit. Bibirnya sentiasa bermohon kepada Allah agar dipulihkan kesihatannya. Begitulah pentingnya kesihatan kepada kita semua. Wang berjuta sanggup dihabiskan asal kesihatan dikembalikan!

Jadi sebelum kita sakit eloklah kita jaga kesihatan kita dengan menjadikan JUS DELIMA sebagai minuman harian kita. Hanya 30mm dan 2 kali sehari saja sudah memadai untuk merasai kesannya. Anda tidak perlu percaya cakap saya. Cubalah sendiri baru tahu.

Hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda, "Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak hartanya tetapi yang dikatakan kaya itu ialah kaya hatinya." Orang kaya yang baik hatinya sentiasa memikirkan kesusahan orang lain. Dia rela membantu sedayanya untuk meringan beban kesusahan mereka. Dia suka menjadi seorang yang dermawan. Harta yang disedekahkan itulah kekayaan dia yang sebenarnya. Harta yang disimpan dalam bank-bank akan menjadi milik orang sebaik saja dia meninggal. Jom jadi kaya supaya kita dapat mengumpul sebanyak mungkin harta di akhirat kelak. Kayakan hati kita dan kita akan kaya selamanya!

Thursday, March 1, 2012

MANA BILLIONAIRE MELAYU?

Hari ini dalam NST disenaraikan orang-orang terkaya di Malaysia. Dalam kedudukan nombor satu masih Robert Kuok dengan memiliki kekayaan RM37.2 billion. Nombor dua T.Ananda Krishnan RM29.7 billion.........Pada kedudukan nombor tujuh ialah Tan Sri Syed Mookhtar AlBukhary RM9.9 billion. Begitulah carta terbaru yang disiarkan hari ini Jumaat, Mac 2012.

Jika kita lihat kesemua mereka melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Peluang untuk menjadi kaya raya melalui jalan lain amatlah tipis sekali. Bidang perniagaan pula kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina dan majoriti pembeli pula adalah kaum Melayu. Sesungguhnya kuasa membeli orang Melayu amat besar. Kaum Cina berlumba-lumba menyediakan barangan untuk kegunaan orang Melayu. Pemilikan label halal juga banyak dimiliki oleh orang Cina kerana mereka sedar barangan yang berlabelkan halal boleh dijual di mana-mana dunia Islam.

Malangnya kita kaum Melayu lebih suka makan gaji walau pun gajinya tidak seberapa setiap bulan. Dalam satu berita yang saya baca kebanyakan orang yang makan gaji membawa balik 40% saja gaji bulanannya. 60% lagi hilang untuk membayar pelbagai hutang piutang. Bulan belum habis tetapi gaji lebih dulu habis. Orang-orang ini sampai mati pun tidak akan dapat mengecap erti dan nikmat kekayaan. Memang benar kaya tidak mestinya bahagia. Tetapi dengan kekayaan kita boleh mencipta bahagia. Sebab itulah kita mengajak orang-orang Melayu yang tidak pernah cukup duit ini untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang tidak memerlukan modal permulaan yang banyak dan risiko hampir tiada. Ceburkan diri dalam bidang perniagaan MLM. Jangan pandang rendah dengan perniagaan jenis ini kerana ramai jutawan yang telah dapat dicipta melaluinya. Tiada kelulusan tinggi yang diperlukan. Cukuplah sekadar kamahuan dan usaha yang gigih untuk menempa kejayaan.

Perniagaan memberi kita sembilan kali lebih peluang untuk mencari kekayaan. Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa saja yang mahu membantu diri mereka sendiri.Carilah syarikat MLM yang mengedar barang yang anda suka. Jika anda suka kesihatan, pilih MLM yang mengedar produk kesihatan. Jika suka buku pengetahuan, cari syarikat yang menjual buku-buku. Begitu banyak pilihan yang kita ada. Cuma terserah pada kita saja sama ada mahu atau tidak. Berani atau tidak.

Jika masih malu, mulalah dari kecil-kecilan dulu. Boleh mula dengan keluarga sendiri dan bila sudah ada keyakinan boleh diperluaskan kepada orang lain. Hari ini dengan adanya internet anda boleh menjual segalanya tanpa perlu berjumpa sesiapa. Jadi sampai bila nak hidup susah? Sampai bila nak harap bantuan dari kerajaan dan orang lain? Berniaga bererti memberi khidmat kepada orang. Kita menjadi manusia yang berguna. Manusia yang tidak suka buang masa bersembang kosong di kedai-kedai kopi. Bila sudah kaya kita jangan lah pula untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat. Tidakkah kita mahu menjadi bangsa yang banyak memberi dari menerima?

Wednesday, February 29, 2012

KENAPA FOBIA MLM?

Ramai orang apabila diajak menyertai syarikat perniagaan MLM akan berfikir berkali-kali atau menolaknya terus tanpa segan-segan lagi. Bila di tanya kenapa, jawab mereka banyak syarikat MLM yang menipu. Kita tidak menolak alsan mereka kerana ada benarnya syarikat MLM yang bukan menjalankan perniagaan sebenarnya tetapi menjalankan syarikat piramid tetapi berselindung di sebalik syarikat MLM. Mereka inilah yang merosakkan nama baik syarikat MLM yang tulen.

Sebenarnya tidak susah untuk mengenal pasti syarikat MLM tulen dengan syarikat piramid. Syarikat yang operasinya sistem piramid menggalakkan kita mencari downline sebanyak mungkin. Kita dimestikan membeli dan menyimpan stok yang banyak. Masalahnya timbul apabila tidak ada orang yang mahu membelinya kerana harga yang ditawarkan tidak munasabah jika dibandingkan barangan yang sama di pasaran terbuka. Contohnya satu penapis air berharga sehingga RM3 000 se unit pada hal satu unit penapis yang serupa di pasaran terbuka jauh lebih murah.Akhirnya stok kita tersimpan begitu saja dan membawa kerugian yang bukan sedikit. Mahu tak mahu kita jual pada harga yang lebih murah dan bayaran ansuran.

Syarikat MLM yang tulen membayar imbuhan berdasarkan jualan perseorangan dan kumpulan. Jika tiada barang dijual tiada ada apa bayaran yang kita perolehi. Kita mungkin perlu kekalkan belian bulanan yang rendah untuk membolehkan kita terus menjadi ahli. Memang benar, di satu peringkat anda tidak perlu menjual lagi. Syarikat membayar imbuhan kepada kita apabila kita mencapai satu tahap yang melayakkan kita berkongsi keuntungan dengannya. Bayaran ini bukanlah hasil dari jualan ahli-ahli di bawahnya. Imbuhan ini sebagai bayaran penat lelah upline membentuk satu jaringan perniagaan. Dia bertanggungjawab memastikan ahli-ahli di bawah seliannya berjaya seperti dirinya juga. Di sini syarikat MLM tulen menitikberatkan teamwork atau kerjasama untuk memajukan jualan produk syarikat. Semua ahli berpeluang mendaki tangga yang sama untuk ke puncak. Siapa yang rajin dia akan maju. Siapa masuk dulu tidak penting. Ada orang kata, sistem ini hanya menguntungkan orang atas. Mereka lah yang kaya dulu. Ini tidak benar sama sekali. Ada yang masuk lebih dulu tetapi masih berada di tahap biasa kerana tidak aktif menjalankan bisnesnya. Ada yang masuk kemudian tetapi telah jauh lebih maju daripada yang mereka yang masuk awal. Jadi di mana benarnya kata-kata yang mengatakan orang atas sentiasa untung?

Jika anda berminat menjadi ahli mana-mana syarikat MLM cuba pilih syarikat yang berdaftar dengan SSM. Pastikan sijil operasi niaganya belum luput. Pastikan juga ia berpayung di bawah DSAM (Direct Selling Association of Malaysia) atau Direct Marketing Association atau badan-badan yang diikhtiraf dalam jualan langsung. Ini mengelakkan anda dari melibatkan diri dengan syarikat satu malam atau fly-by-nite operator. Hari ini ada, esok ghaib entah ke mana.

Pastikan juga barang yang dipasarkan adalah barang yang ada repeat sale atau jualan ulangan. Produk itu contohnya vitamin atau supplements yang perlu dibeli setiap bulan untuk mengekalkan kesihatan. Produk yang tiada jualan ulangan agar sukar dijual kerana mungkin sekali beli saja dan memakan masa yang lama untuk ditukar baru. Produk yang digunakan secara harian adalah lebih baik seperti bahan pencuci dan alat solekan dan mudah dijual. Jika tidak dijual pun kita mesti membelinya untuk kegunaan sendiri. Contohnya sabun serbuk cuci, kita terpaksa membelinya setiap bulan apabila habis digunakan. Apabila kita membeli dari syarikat MLM di mana kita menjadi ahlinya kita dapat mebuat pembelian diskaun. Ini akan menguntungkan kita jika di bandingkan kita membeli produk yang sama di supermarket atau shopping malls di mana tiada sebarang diskaun diberikan. Penjimatannya sehingga 25%. Bayangkan setiap satu ringgit kita dapat jimatkan 25 sen. Nampak tidak banyak tapi jika jumlah pembelian kita banyak setiap bulan bayangkan pulangannya. Tiada kedai yang akan beri pulangan RM25.00 untuk setiap pembelian RM100.00.......Setiap barang yang kita beli di supermarket kita bayar 100%!....tapi melalui syarikat MLM kita jadi ahli adalah 75%. Untung atau rugi jadi ahli MLM?

Saturday, February 25, 2012

UBATILAH PENYAKITMU!

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa a.s. untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

"Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh!" kata kaumnya.

Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun, permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

"Aku tidakan berubat sehingga aku disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!"

Setelah gagal memujk, kaum Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh. Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman : "Wahai Musa, demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!"

Selepas mendapat wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Musa merasa kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi : "Wahai Musa, apakah kamu menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku!"
"Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuhan-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?"

Nabi Musa merasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati!

Apa yang mahu saya kongsikan dengan anda ialah kebaikan Jus Delima yang diketahui banyak khasiatnya untuk menjaga kesihatan kita. Ingatlah tumbuhan Delima ini disebut dalam kitab suci kita al-Quran. Sudah pasti Allah telah meletakkan ubat dalam tumbuhan ini seperti mana Allah letakkan ubat dalam tumbuhan-tumbuhan lain yang belum kita kaji khasiat perubatannya.

Apa yang ingin saya katakan di sini kita tidak perlu ditimpa sakit baru nak cari ubatnya. Kita jaga kesihatan dengan mencegahnya kerana adalah diketahui merawat penyakit adalah lebih mahalnya harganya dari mencegahnya. Jangan sampai kita kehabisan wang simpanan hari tua kerana mengubati penyakit! Janganlah terlalu berkira sangat dengan membelanjakan sedikit wang untuk kekalkan kesihatan. Jika kita sihat wang boleh kita cari. Tapi jika sakit, bagaimana nak bekerja mencari wang ringgit. "TIMBUNLAH HARTA ANDA SETINGGI MANA YANG ANDA MAHU, KESIHATAN JUGA YANG LEBIH BERHARGA!"

Cerita saya petik dari majalah Mastika Disember 2010.

Tuesday, February 21, 2012

MENCEGAH LEBIH BAIK.....

Siapa yang tak pernah dengar MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT? Rasanya ramai. Tapi berapa ramai pula yang mengamalkannya? Kenapa jadi begitu? Ini agak menghairankan kita semua.

Percaya tapi tidak mengamalkannya samalah seperti tidak percaya. Pokok tak ada buah. Jika kita lihat dan baca kos rawatan yang kita kena tanggung apabila diserang sakit barulah kita mahu menghargai kata-kata itu. Setiap hari kita ada baca dalam akhbar dan tidak kurang juga dalam televisyen orang-orang tertentu memohon bantuan untuk mengubati kesakitannya. Ada yang mencecah ratusan ribu yang diluar kemampuan kita orang biasa. Orang kaya tak ada masalah. Sebut saja banyak mana mereka sanggup bayar.

Ada orang yang mengambil keputusan dengan mengambil insuran kesihatan untuk menampung perbelanjaan hospital jika ditimpa sakit. Ini satu pendekatan proaktif yang baik tetapi tak ramai yang mampu membeli insuran kesihatan kerana bayaran premiumnya agak tinggi. Jadi apa pilihan kita? Insuran kesihatan kita ialah memelihara kesihatan tubuh badan kita sebaik mungkin. Jaga pemakanan kita. Jangan makan sebarangan saja. Pilih makanan yang halal lagi bersih. Jangan makan disebarangan kedai. Tengok keadaan sekeliling. Jika kebersihan kedai makan agak menjijikkan cari kedai lain yang lebih selesa dan bersih. Lihat peniaganya. Macam mana pakaiannya. Bersih atau kotor?

Kita mungkin tidak punya banyak wang untuk membeli makanan berkhasiat yang mahal-mahal. Vitamin-vitamin yang dijual oleh syarikat jualan langsung kekadang harganya tidak masuk akal. Beratus-ratus ringgit sebotol. Tambahan lagi yang diimpot. Jika kita tidak mampu apa pilihan kita?

Giffarine ada menjual minuman jus kesihatan pada harga yang mampu beli oleh semua orang. Salah satu jus yang saya syorkan adalah JUS DELIMA. Harga sebotol hanyalah RM71.30/700ml. Jika mahu lebih murah silalah daftar menjadi ahli. Tidak rugi kerana kita beli pada harga diskaun setiap produk yang dikeluarkan oleh Giffarine. Banyak jimat dan untungnya kepada kita. Jika tidak mahu menjual pun tidak apa. Guna sendiri saja. Jika produk yang kita guna mendatangkan kebaikan kepada kita berkongsilah kebaikannya. Jika ada pelanggan  nak beli kita jual. Tidak ada paksaan. Untungnya kepada semua. Pelanggan untung kerana sihat dan kita juga untung kerana dapat imbuhan komisen jualan.

Jadi usah teragak-agak untuk menjadi ahli Giffarine. Buat keputusan bijak. Orang bertangguh selalu rugi.
Daftar sekarang juga.